Tumbuhan boleh di jadikan makanan
http://malaysianscout.blogspot.my/
Mengenali tumbuhan-tumbuhan yang boleh dimakan di hutan
adalah amat penting bagi semua pendaki mahupun hikers. Mungkin kejadian yang
pernah menimpa seorang pelajar UiTM di Gunung Tahan, Nur Umaisarah dapat
dijadikan pengajaran. (ikuti blog ini :
http://19harisesatdigunungtahan.blogspot.com ).
Untuk kali ini, saya akan memberikan beberapa jenis tumbuhan yang mungkin kita tak kenal dan hanya meliputi tumbuhan tropika sahaja.
Kalor (Moringa)
Tumbuh sehingga 10m dengan daun yang kecil berbentuk oval. Bunganya berwarna putih kuning sebesar 25~38 cm. Bijinya berwarna coklat dan mempunyai 3 permukaan. Daun dan buahnya yang muda boleh dimakan mentah atau dimasak. Buah yang tua boleh dipotong kecil dan dimasak seperti kacang panjang. Akar dihancurkan dan boleh dibuat bahan perasa makanan tapi perlu tahu caranya kerana ia mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan sistem saraf. (tidak digalakan.). Mengandungi sumber yang kaya dengan Beta Karotin, Vitamin C, Protien, Zat Besi dan Potassium.
Serikaya (Sugar Apple Atau Sweet Sop)
Pokok setinggi 6~5 meter ini mempunyai daun yang berbentuk
tajam dan oval sebesar 5~17cm panjang, 2~5cm lebar. Bunganya berwarna
kuning-hijau dan mempunyai 3 kelopak yg besar. Banyak terdapat di Indonesia.
Isi dalamnya seperti buah durian belanda dan boleh dimakan
Tin (Wild Figs atau Ficus Carica)
Tin (Ficus
carica) adalah sejenis tumbuhan penghasil buah-buahan
yang dapat dimakan yang berasal dari Asia Barat. Buahnya bernama sama. Dalam
bahasa Arab ia dikenali sebagai Ara. Pokoknya tumbuh setinggi 6.9~10 meter.
Daunnya sebesar 12~25cm panjang dan 10~18cm lebar dengan 3 atau 5 jejari.
Buahnya 3~5cm panjang dengan kulit hijau dan bertukar ungu atau coklat apabila
sudah masak. Getah pokok ini boleh menyebabkan kulit gatal.
Buah tin boleh dimakan segar, dikeringkan, atau dibuat selai. Buah yang dipetik harus segera dimanfaatkan karena tidak dapat disimpan lama (mudah rosak). Ia disebut-sebut dalam AlQuran (Surah At-Tiin) iaitu pohon ara yang daunnya dijadikan cawat oleh Nabi Adam dan Hawa ketika mereka mereka diusir dari surga.
Buah Sukun (Breadfruit)
Barangkali ada yang masih lagi belum kenal buah ini. Di
Malaysia buah sukun terdiri dari dua variasi iaitu berbiji dan tanpa
berbiji.Varieti berbiji biasanya terdapat di kawasan hutan. Manakala variasi
yang biasa dimakan ialah dari jenis tanpa biji.
Pokok sukun boleh mencapai ketinggian 20 meter. Buahnya
berbentuk bulat atau sedikit bujur mempunyai ukuran garis pusat di antara 10
hingga 30 cm. Pada kebiasaanya berat buah ialah antara 1-3 kg. Buah sukun
selalunya dipetik sebelum mencapai peringkat ranum atau masak. Buah sukun jika
dipetik pada peringkat terlalu matang akan menjadi cepat lembut. Sebaliknya
pula, jika buah dipetik pada peringkat terlalu muda, ia akan mengeluarkan getah
yang berlebihan apabila kulitnya dikupas dan mempunyai rasa kelat yang tidak
diingini.
Kelumpang (Sterculia)
Terdapat lebih kurang 30 spesis pokok dalam kumpulan ini. Ia
boleh tumbuh setinggi 30m dengan daunnya yang berbentuk seperti tangan. Buahnya
seperti satu sarung (pod) yang mempunyai biji seperti kacang berwarna hitam dan
boleh dimakan mentah selepas dibuang rerambutnya.
Berunai (Bignays)
Berunai (Bignays)
Tinggi 30m mempunyai daun 15cm~20cm panjang dan 7cm lebar.
Bunganya mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Buahnya yang banyak dan
berwarna hijau pada awalnya bertukar ke putih ke merah dan akhirnya hitam,
boleh dimakan mentah. Yang muda rasanya masam dan apabila sudah ranum rasanya
manis. Sedap dibuat jem.
Maja ( Bael Fruit)
Tumbuh setinggi 18m dan bunganya berbau wangi. Kulit buahnya keras dan licin. Warna kulit luar buah maja berwarna hijau tetapi isinya berwarna kuning atau jingga. Aroma buahnya harum dan cairannya manis, bertentangan dengan anggapan orang bahwa rasa buah maja adalah pahit. Sebagaimana jeruk, buah maja dapat diolah menjadi serbat, selai, sirop, atau nektar. Kulitnya dibuat marmalade. Buahnya boleh dimakan mentah dan kaya dengan vitamin c.
Cekur (Aromatic Ginger atau Sand Ginger)
Ia merupakan sejenis pokok herba saka. Daunnya berwarna
hijau tua dan bilangannya hanya 2 hingga 3 helai sahaja. Daunnya tumbuh
mendatar dan mempunyai saiz selebar 10 cm. Bunganya berwarna putih dan
mempunyai dua lengkok yang berwarna ungu. Pokok ini mempunyai akar simpanan,
iaitu rizom yang berisi.
Rizom pokok ini digunakan untuk memanaskan badan terutamanya
untuk wanita yang baru melahirkan anak. Apabila daun dan rizom pokok ini
ditumbuk atau diramas, ia akan mengeluarkan sejenis bau yang seakan-akan bau
minyak angin. Ini adalah kerana pokok ini mengandungi minyak pati yang mudah
meruap. Antara kandungannya ialah kamfor, borneol dan sineol.
Rizom dan daunnya dimakan mentah sebagai ulam dan juga dibuat
kerabu. Daun pokok ini boleh juga digunakan untuk mengurangkan bengkak pada
badan. Daunnya digiling dan didemah pada bahagian yang bengkak itu. Untuk
menghilangkan rasa gatal pada tekak, kunyahlah seketul cekur sebesar ibu jari
bersama sedikit garam.
Petai Belalang (White Leadtree)
Pokok ini merupakan sejenis pokok rendang yang boleh mencapai
ketinggian sehingga 10 meter. Daunnya kecil dan buahnya terletak dalam lenggai
yang pipih. Saiz lenggainya ialah kira-kira 6 cm panjang dan 1 cm lebar. Di
dalam lenggai terdapat kira-kira 30 biji. Bunganya berwarna kuning pucat. Pokok
ini dipercayai berasal dari Amerika Syarikat. Semasa muda, lenggainya berwarna
hijau, tetapi setelah tua, warnanya akan berubah menjadi perang. Lenggai
mudanya dimakan mentah atau dicelur dan dimakan bersama sambal atau dimakan
sebagai ulam bersama nasi. Bijinya banyak digunakan Jawa untuk membuat tempeh.
Daunnya digunakan sebagai makanan untuk ternakan seperti lembu.Daun muda pokok
ini ditumbuk bersama beras dan disapu pada leher untuk mengubati penyakit
batuk. Untuk mengubati penyakit campak, campuran beras dan daun mudanya ini
ditumbuk dan disapu pada keseluruhan badan.
Pokok Turi (Agati atau Humming bird tree)
Pokok Turi (Agati atau Humming bird tree)
Pokok turi ditanam sebagai sayuran terutamanya di
kampung-kampung dan di kawasan sawah padi. Tumbuhan ini adalah sejenis pokok
kecil yang boleh mencapai ketinggian antara 5 hingga 10 meter. Bunganya merah
atau putih dan panjang lenggainya antara 20 cm hingga 50 cm.Pucuk lenggai muda
dan bunganya dicelur dan dimakan bersama nasi.
Daun mudanya biasanya dibuat sayur lemak. Tumbuhan ini juga digunakan dalam perubatan tradisional sebagai ubat sakit perut dan ubat barah lidah. Ia juga ditanam sebagai makanan haiwan dan sebagai tumbuhan pelindung tanah.Tumbuhan ini juga digunakan dalam perubatan tradisional sebagai ubat skit perut dan ubat barah lidah. Ia juga ditanam sebagai makanan bagi haiwan ternakan dan sebagai tumbuhan pelindung tanah.
Terung Pipit (turkey Berry)
Daun mudanya biasanya dibuat sayur lemak. Tumbuhan ini juga digunakan dalam perubatan tradisional sebagai ubat sakit perut dan ubat barah lidah. Ia juga ditanam sebagai makanan haiwan dan sebagai tumbuhan pelindung tanah.Tumbuhan ini juga digunakan dalam perubatan tradisional sebagai ubat skit perut dan ubat barah lidah. Ia juga ditanam sebagai makanan bagi haiwan ternakan dan sebagai tumbuhan pelindung tanah.
Terung Pipit (turkey Berry)
Pokok terung pipit adalah daripada
jenis pokok renek yang tumbuh liar di kawasan terdedah. Pokok ini boleh
mencapai ketinggian sehingga 5 meter. Buah mudanya berbentuk bulat dan berwarna
hijau. Di dalam buahnya terdapat banyak biji yang kecil. Terung ini dikenali
sebagai terung belanda dan terung mangas.
Buah muda dimakan mentah, juga dibuat tumis dengan ikan bilis. Buah terung pipit ini boleh menambahkan selera makan. Ia digunakan dalam masakan Thai sebagai kari hijau (Thai Green Curry). Akar tumbuhan ini digunakan sebagai ubat bagi kaki yang pecah. Buahnya juga dikatakan boleh menurunkan tekanan darah tinggi.
Jambu Bol (Malacca Apple Atau Malay Rose Apple)
Buah muda dimakan mentah, juga dibuat tumis dengan ikan bilis. Buah terung pipit ini boleh menambahkan selera makan. Ia digunakan dalam masakan Thai sebagai kari hijau (Thai Green Curry). Akar tumbuhan ini digunakan sebagai ubat bagi kaki yang pecah. Buahnya juga dikatakan boleh menurunkan tekanan darah tinggi.
Jambu Bol (Malacca Apple Atau Malay Rose Apple)
Pokok buah ini besar dan daunnya
juga besar. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 12~18 meter. Buahnya
berbentuk bujur dan bersaiz kira-kira 5 cm panjang. Apabila masak, ia berwarna
merah tua. Terdapat juga buah yang putih kekuningan. Kulitnya amat nipis dan
mudah tercalar. Bahagian dalam buahnya berwarna putih.
Buahnya dimakan mentah sebagai buahan dan juga dijadikan rojak buah atau jam. Terdapat juga orang yang menjadikan buah ini sebagai minuman. Daunnya dimakan mentah sebagai ulam, terutamanya bahagian pucuk. Tumbuhan ini berbau harum dan sedap dimakan.
Daun jambu bol dikatakan boleh digunakan untuk merawat sakit tekak dan pecah lidah. Daunnya dikeringkan dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian ia disapukan pada lidah.
Sekian, Terima Kasih.
Buahnya dimakan mentah sebagai buahan dan juga dijadikan rojak buah atau jam. Terdapat juga orang yang menjadikan buah ini sebagai minuman. Daunnya dimakan mentah sebagai ulam, terutamanya bahagian pucuk. Tumbuhan ini berbau harum dan sedap dimakan.
Daun jambu bol dikatakan boleh digunakan untuk merawat sakit tekak dan pecah lidah. Daunnya dikeringkan dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian ia disapukan pada lidah.
Sekian, Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment