Rujukan : Blog PUSAT LATIHAN BOMBA &
PENYELAMAT
PERINTAH
DAN PERBUATAN
BAHAGIAN PERTAMA
- SEDIA
Perintah :
BARIS. BARIS ----------------------------SEDIA
Perbuatan.
a.
Angkat kaki kiri setinggi 30 cm (12”) ke hadapan. (
Peha Paras )
b.
Hentak kaki kiri rapat ke kanan, boot sama rata.
c.
Kedua tumit rapat dan hujung kaki buka 30” atau
boleh masuk satu boot.
d.
Rapatkan kedua-dua tangan ke paha, genggamkan jari
serta ibu jari lurus ke bawah, kena jahitan tengah seluar.
e. Buka dada, tarik dagu tentukan tengkok kena
colar baju.
f.
Pandang terus ke hadapan.
- SENANG DIRI
Perintah :
SENANG -------------------------------- DIRI
Perbuatan.
a.
Angkat kaki setinggi 30 cm (12”) ke hadapan. ( Peha
Paras )
b.
Bawa ke kiri 30 cm (12”) dan hentak ke bumi, boot
sama rata.
c.
Semasa itu juga tangan bawa ke belakang dan
bersilang, belakang tapak tangan kanan di atas tapak tangan kiri.
- REHATKAN DIRI
Perintah :
REHATKAN ------------------------------ DIRI
Perbuatan.
a.
Bilang rehat serta tangan ke belakang dan
bersilang.
b.
Kaki tidak boleh bergerak.
c.
Cuma anggota dilemahkan ( relax ).
- PUSING KE KANAN DALAM MASA BERHENTI
Perintah :
BERGERAK KE KANAN
BERTIGA-TIGA / DALAM DUA BARISAN / DALAM SATU BARISAN.
KE KANAN ------------------------------ PUSING
Perbuatan.
a.
Pusingkan badan 90 darjah ke kanan, berat badan di
atas kaki kanan, kaki kiri lurus ke belakang dan tumit terangkat ke bumi.
b.
Angkat kaki kiri 30 cm (12”) ke hadapan, lutut sama
paras dengan bumi, hentakkan disebelah kaki kanan seperti kedudukan sedia.
- PUSING KE KIRI DALAM MASA BERHENTI
Perintah :
BERGERAK KE KIRI
BERTIGA-TIGA / DALAM DUA BARISAN / DALAM SATU BARISAN.
KE KIRI --------------------------------- PUSING
Perbuatan.
a.
Pusingkan badan 90 darjah ke kiri, berat badan di
atas kaki kiri, kanan lurus ke belakang dan tumit terangkat dari bumi.
b.
Angkat kaki kanan 30 cm (12”) ke hadapan, lutut
sama paras dengan bumi, hentakkan disebelah kaki kiri seperti kedudukan sedia.
- AKAN MENGHADAP KE BELAKANG DALAM MASA BERHENTI
Perintah :
KE BELAKANG
----------------------------- PUSING
Perbuatan.
a.
Pusing badan 180 darjah ke belakang ikut kanan,
berat badan diatas kaki kanan, kaki kiri lurus ke belakang dan tumit terangkat
dari bumi.
b.
Angkat kaki kiri 30 cm (12”) ke hadapan, lutut sama
paras dengan bumi, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan seperti kedudukan
sedia.
- KE KANAN LURUS
Perintah :
KE KANAN
-------------------------------- LURUS
Perbuatan.
a.
Bilang 1, tangan Kanan dan kepala disebelah kanan.
b.
BIlang 2,3, masa diam.
c.
Bilang 1, angkat kaki kiri 30 cm (12”) ke hadapan dan
hentakkan kaki ke bumi.( sombong ) dengan masa yang sama hentakan kaki kiri dan
kanan berturut-turut sambil meluruskan barisan.
Penerangan.
a.
Semasa ke kanan lurus, orang barisan hadapan sahaja
mengangkat tangan kanan.
b.
Orang disebelah kanan sekali dibarisan tengah dan
belakang angkat tangan ke hadapan dan pandang ke hadapan.
c.
Perbuatan ini hanya untuk pelatih-pelatih yang baru
sahaja.
- PANDANG DEPAN
Perintah :
PANDANG
------------------------------ DEPAN
Perbuatan.
Semua sekali pandang ke
hadapan dan sebut ‘Up’.
- BILANG
NOMBOR
Perintah :
DARI KANAN, BILANG / NOMBOR
Perbuatan.
Orang disebelah kanan barisan hadapan bilang 1,
orang disebelah kirinya bilang 2, diseblah bilang 3 dan seterusnya hingga habis
barisan hadapan itu bilang.
Bilang dengan suara yang kuat dan pantas.
- BUKA BARISAN
Perintah :
BUKA BARISAN --------------------------- KE KANAN
LURUS
Perbuatan bariasan hadapan.
a.
Langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 15” dalam
keadaan tergantung daripada bumi.
b.
Penuhkan langkah kaki kiri 15” kehadapan menjadikan
30”, jatuh kebumi, dengan masa yang sama angkatkan kaki kanan.
c.
Hentak kaki kanan keatas bumi dengan padat.
Perbuatan barisan tengah.
Orang barisan tengah diam.
Perbuatan barisan belakang.
a.
Tolak kaki kiri ke belakang 75 cm (30”) sama rata
dengan bumi.
b.
Bawa kaki kanan ke belakang 75 cm (30”) menjadikan
150 cm (60”) dengan rata.
c.
Angkat kaki kiri 30 cm (12”) ke hadapan, hentakkan
ke bumi dan angkat kaki kanan 30cm (12”)
serta hentakkan disebelah kaki kiri seperti kedudukan sedia.
- TUTUP BARISAN
Perintah :
DALAM TUTUP BARISAN KE KANAN LURUS
Perbuatan.
a. Serupa juga dengan buka barisan.
b.
Orang barisan hadapan hadapan dua langkah ke
belakang.
c.
Orang barisan tengah diam.
d.
Orang barisan belakang dua langkah ke hadapan.
- KELUAR BARIS DAN BERSURAI
Perintah :
KELUAR ------------------------ BARIS atau BER
------------- SURAI
Perbuatan.
a.
Semua sekali berpusing 90 darjah ke kanan.
b.
Angkat kaki kiri 30 cm (12”) hentakkan rapat ke
kaki kanan.
c.
Langkah kaki kiri keluar dan lenggang tangan terus
maju hingga lepas tiga baru berpecah.
Peringatan :
a.
Keluar baris untuk rehat sementara.
b.
Bersurai tidak disemabung lagi kawad untuk atau
kerja dihari tersebut.