5 Asas Skil Ikhtiar Hidup (Survival Skills)
http://www.sabah.net.my/huzaimi/survival/5asas.htm
Terdapat 5 skil asas
Ikhtiar Hidup dimana semua yang terlibat dengan aktiviti Outdoor harus faham
dan tahu akan potensi dan kegunaanya. Ini adalah hanya panduan ringkas, tidak
dengan penuh penerangan bagi setiap kategori, tetapi ia adalah amat berguna.
Satu daripada elimen terpenting dalam ikhtiar hidup (survival)
ialah yang terletak diantara dua telinga anda, iaitu otak. JANGAN PANIK,
gunakan akal dan anda haruslah berlatih menggunakan 5 elimen asas sebelum anda
terpaksa bergantung dengannya.
API
Boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan, membantu menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan.
Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih
banyak menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun api yang besar. Cari
dan kumpulkan kayu api untuk diganakan pada sebelah malam dan kemudian
kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya
kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat "star fire" dimana
cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api, cuma tolak kedalam
jika bahan bakar diperlukan lagi.
Buat pembalik haba dengan membuat dinding
dibelakang ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding seperti tembok
atau dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda dapat
menerima pemanasan dari belakang.
PERLINDUNGAN DIRI
Bermaksud anda melindungi diri anda daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu badan anda boleh menjadi musuh anda. Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai.
Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya
lapisan pakaian yang terdekat dengan badan anda sentiasa kering. Lapisan yang
terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan
membazirkan tenaga untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi
telah menyediakannya (seprti gua dll).
Sentiasalah berlatih untuk membina tempat
perlindungan yang mudah sekiranya anda tidak menemui tapak perkhemahan yang
sesuai. Jangan tunggu untuk membuat tapak perkhemahan sendiri. Gunakan
"SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak daripada
kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan anda ataupun digunakan
sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat position) untuk memberi
konsentrasi haba didalam badan.
ISYARAT
Menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera, cermin dan wisel boleh membantu anda untuk diketemui.
Tiga tompokan unggun api yang membentuk
segitiga menandakan anda dalam kesusahan. Kawal pembakaran anda daripada
merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa
apabila anda terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan
Pemancar Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam
untuk menarik perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut.
Buat unggun api dengan bahan organic (rumput
lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari
kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu,
kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna
permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapalterbang /
helikopter sebagai cara pertama mereka untuk memerhati.
MAKANAN / AIR
Berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan anda bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh anda digalakkan untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Anda boleh hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air.
JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti.
Jangan sesekali anda meminum urin (cecair dari tubuh spt. peluh / kencing).
Anda seharusnya membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa anda akan
memerlukan makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa
makanan ringkas yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat,
gula-gula) didalam poket anda pada setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu.
Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau
lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras
laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang
kasar daripada air minuman anda. Jangan tunggu hingga anda betul-betul
kehabisan air baru hendak mencari air.
Simpan air anda didalam bekas minuman. Jangan
memakan mana-mana buah-buahan liar jika anda tidak pasti. Anda boleh
mengumpulkan air hujan dengan menggunakan "space blanket" atau baju
hujan anda dengan menadahkannya diatas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan
terbuka.
PERTOLONGAN CEMAS
Bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. "STOP" bermaksud Sit (duduk), Think (fikir), Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati anda telah tersesat atau terkandas.
Elimen terpenting ialah BERFIKIR SECARA
RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yang asas. Periksa segala keperluan
sebelum mengembara, buat catatan perubatan "medical checklist" dan
sediakan kit kecemasan peribadi yang kecil dan bawalah ia bersama setiap masa.
Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka
kecil, bengkak dan keperluan perubatan peribadi.
Pastikan anda tahu apa yang anda ada dan tahu
cara menggunakannya. Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yang
difikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga atau orang tersayang dan
simpannya bersama peralatan anda untuk mengingatkan anda supaya bertenang dan
berusaha untuk terus hidup. Elakkan "hypothermia" (in english) dengan
memanaskan badan anda dengan baju panas atau "space blanket".