Sejarah Perkhidmatan Kebombaan Sebelum Merdaka
- Roslina Harun,
Kassim Maidin, Ida Shariza Abd Razak dan Mohd Syazwan bin Nordin -
1. Tanah Melayu
Sejarah perkhidmatan kebombaan adalah seiring
dengan kewujudan dan perkembangan perkhidmatan polis di Tanah Melayu. Sejarah
awal menunjukkan pasukan bomba adalah terdiri daripada pasukan polis sukarela
yang dilantik oleh penjajah British ketika itu.
1.1 Pulau Pinang
Berdasarkan kepada jurnal yang ditulis oleh
Patrick Morrah pada tahun 1963, Pulau Pinang adalah negeri yang paling awal
dalam memberikan perkhidmatan kebombaan di Tanah Melayu. Proses kewujudan
perkhidmatan ini bermula pada tahun 1787 apabila berlaku beberapa rusuhan di
kawasan pelabuhan di Pulau Pinang yang telah mengorbankan beberapa orang kelasi
berbangsa Eropah dan dua (2) orang berbangsa Siam.
Sehubungan dengan itu,
Francis Light telah menulis surat dan mengemukakan cadangan kepada Lord Cornwallis,
Governor General East India Company di India untuk menubuhkan pasukan
polis bagi mengawal keselamatan dan menangani kejadian tersebut serta
bertanggungjawab ke atas pencegahan dan keselamatan kebakaran.
Pasukan Polis/ Bomba Pulau Pinang
sumber : Arkib Negara MalaysiaSetelah beberapa kali cadangan beliau ditolak akhirnya pada tahun 1792, Francis Light telah membuat keputusan dengan melantik ketua-ketua kaum Melayu, Cina dan India bagi menguruskan tugas-tugas tersebut.
Ketua-ketua yang dilantik 2 ini dipanggil captain
dan bertanggungjawab kepada superintendent yang ketika itu dipegang
oleh Francis Light sendiri. Keanggotaan di bawah captain ialah
sekurang-kurangnya lima (5) orang peon yang juga merupakan konstabel
polis. Pada 25 Mac 1807, bermulalah sistem kepolisian secara moden dan teratur
di Tanah Melayu dengan pelaksanaan dan berkuatkuasanya Charter of Justice oleh
kerajaan British di Pulau Pinang.
Perkhidmatan kebombaan yang ditadbir oleh
pasukan polis sukarela juga turut berkembang seiring dengan pemodenan sistem
kepolisan tersebut. Pada tahun 1898, pasukan bomba sukarela telah ditubuhkan di
Pulau Pinang oleh Syarikat Hutternberg & Co. Ltd. dengan keanggotaan
seramai 10 orang.
Pasukan ini hanya dilengkapi dengan pam kuasa wap yang ditarik
oleh empat ekor kuda. Pada tahun 1902 hingga 1908, pasukan bomba sukarela telah
diambil alih oleh kerajaan negeri dan diletakkan di bawah majlis perbandaran.
Pada tahun 1908, Balai Bomba Lebuh Pantai yang juga dikenali sebagai Central
Fire Station telah beroperasi secara rasmi di Pulau Pinang dan merupakan
balai bomba yang pertama di Pulau Pinang dengan keanggotaan 28 orang.
Salinan: Charter of Justice
Sumber: Muzium Polis. 3
Sumber: Muzium Polis. 3
1.2 Melaka
Menurut buku Sejarah Bergambar Institusi Polis Diraja Malaysia (1994),
perkhidmatan kebombaan di negeri Melaka bermula apabila pasukan polis sukarela
ditubuhkan pada tahun 1825 oleh kerajaan British. Pada 5 Julai 1827, W.T Lewis
telah dilantik sebagai penguasa polis secara rasmi oleh kerajaan British.
Beliau juga bertanggungjawab menangani insiden kebakaran dan mengendalikan
latihan penggunaan peralatan kebombaan.
Peranan dan tanggungjawab pasukan polis
terhadap perkhidmatan kebombaan semakin berkembang selepas penguatkuasaan Ordinance
of 1871 yang merangkumi tanggungjawab terhadap penjagaan harta dan nyawa
daripada bahaya kebakaran.
Pada tahun 1930, pasukan bomba di Melaka dikenali
dengan nama Civil Defense dan dianggotai oleh 16 orang anggota polis
yang dilengkapi dengan sebuah jentera bomba jenis Dennis dan sebuah motosikal.
Nama Civil Defense kemudiannya telah ditukar kepada Auxillary
Fire Service di bawah pentadbiran British Millitary Administration pada
tahun 1942. Pada tahun 1950, Majlis Perbandaran Kota Melaka telah mengambil
alih pentadbiran pasukan bomba daripada British Millitary Administration dan
diberi nama Malacca Fire Brigade
1.3 Selangor dan Kuala Lumpur
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu -The
Federated Malay States (FMS) terdiri daripada negeri Selangor, Perak,
Negeri Sembilan dan Pahang merupakan negeri-negeri yang berada di bawah
pentadbiran British secara langsung. Kuasa British meliputi soal luar negara,
pertahanan dan dasar serta hal ehwal dalam negeri. Residen General pertama yang
dilantik oleh kerajaan British ialah Sir Frank Swettenham.
Pasukan polis telah ditubuhkan di negeri
Selangor pada tahun 1875. Pasukan ini juga berperanan sebagai pasukan pemadam
kebakaran. Ini dibuktikan melalui dokumen arahan residen Selangor bertarikh 18
Disember 1875 yang mengandungi “Arahan Jika Berlaku Kebakaran (Instruction
in Case of Fire)”.
Kesinambungan daripada arahan tersebut satu peraturan (Fire
Regulations) telah digubal pada 25 Ogos 1881 oleh H.B. Doughlas H.B.M.
Residen Selangor ketika itu. Peraturan ini menggariskan 15 perkara, antaranya
ialah kaedah amaran jika berlaku kebakaran iaitu dengan membunyikan loceng
secara berterusan dari empat lokasi berbeza iaitu pejabat residen, berek polis,
pejabat awam dan balai polis bandar. Pada tahun 1883, pasukan bomba sukarela
telah ditubuhkan di negeri Selangor diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15
anggota. Pasukan ini dibekalkan dengan sebuah pam angkut yang dipasang
pada kereta sorong sehingga tahun 1888. Selepas itu pam yang digunakan oleh
pasukan ini dipasang pada kereta kuda.
Pasukan Bomba Berkuda sumber : Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia
Perkhidmatan kebombaan berkembang pesat dengan pembinaan balai bomba yang pertama di Tanah Melayu terletak di Church Street, Jalan Ampang. Balai ini telah dirasmikan pada 30 November 1893 oleh W.H Treacher, Residen Selangor ketika itu. Setelah balai ini beroperasi selama 63 tahun ianya dirobohkan pada tahun 1956 semasa pemerintahan Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.
Pada tahun 1895, pasukan bomba sukarela di Kuala Lumpur telah
menempa sejarah dengan menjadi pasukan bomba tetap bergaji
yang pertama di Tanah Melayu dibawah Pentadbiran Lembaga Kebersihan yang
merupakan agensi di bawah The Federated Malay States. Pada tahun 1956,
Balai Bomba Jalan Shaw telah mula beroperasi yang kini dikenali sebagai Balai
Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dengan dilengkapi dua jentera bomba jenis
Dennis. Balai ini menggantikan balai bomba di Church Street yang telah
dirobohkan.
Balai
Bomba Church Street, Jalan Ampang sumber :Arkib Negara Malaysia
Balai Bomba Jalan Shaw /Jalan Hang Tuah sumber : Arkib Negara Malaysia
1.4 Perak
Dokumen mencatatkan
kewujudan perkhidmatan kebombaan di negeri Perak adalah seawal 18 Ogos 1893,
melalui surat yang ditulis oleh pegawai residen British di Batu Gajah, Perak.
Dokumen ini memaklumkan tentang kewujudan jentera bomba yang dibekalkan oleh
kerajaan British untuk melindungi kawasan Ipoh, Gopeng dan Papan.
Jentera bomba
ini dikendalikan oleh pasukan bomba sukarela dan setiap kedai di pekan dan kampong
perlu membayar yuran langganan sebanyak $1 atau $2 sebulan. Bayaran tersebut
digunakan untuk membayar gaji anggota bomba tersebut. Berdasarkan Report by
The Chief Officer, Singapore Fire Brigade on The Fire Protection of Ipoh and
District pada tahun 1910, sudah ada dua buah balai di Ipoh pada masa itu
iaitu The Central Fire Station di Market Street untuk melindungi
bandar lama dan sebuah balai cawangan di Hugh Low Street untuk
melindungi bandar baru.
Pada tahun 1936, perkhidmatan bomba telah ditempatkan di bangunan dua
tingkat yang terletak di Jalan Brewster yang kini dikenali sebagai Jalan Sultan
Idris Shah, Ipoh. Selepas tahun 1947 pasukan bomba di negeri Perak telah
dibekalkan dengan peralatan, penambahan anggota dan pembinaan balai-balai di
pekan dan di beberapa tempat strategik. Pasukan bomba pada masa itu di bawah
pentadbiran majlis tempatan yang diketuai oleh seorang Pegawai Daerah. Surat Pegawai Residen
British, Batu Gajah sumber : Arkib Negara Malaysia
1.5 Kelantan
Ketika negeri Kelantan berada di bawah jajahan Kerajaan British,
pedagang-pedagang Cina di sekitar Kota Bharu telah mengemukakan permohonan
supaya kerajaan memperkemaskan perkhidmatan kebombaan sedia ada bagi melindungi
harta dan perniagaan mereka. The Humble Petition of the Traders Residents at
Kota Bahru dan Petition Praying for an Efficient Fire Brigade in Kota
Bharu bertarikh 21 Ogos1911, ini membuktikan perkhidmatan kebombaan yang
terdiri daripada pasukan polis telah wujud lebih awal sebelum tahun 1911.
Pada
tahun 1930-an perkhidmatan ini dianggotai oleh anggota polis dan pasukan bomba
sukarela yang terdiri daripada penduduk setempat sekitar bandar Kota Bharu
dengan dilengkapi oleh sebuah fire trailer pump. Pada 1 Januari 1947,
Kerajaan Negeri Kelantan telah menerima 10 orang anggota bomba terlatih
daripada Ibu Pejabat British Millitary Administration, Kuala Lumpur.
Pasukan ini diketuai oleh Pegawai Bomba, Othman bin Hj. Abd. Manan dan
dilengkapi dengan peralatan kebombaan bagi meningkatkan lagi perkhidmatan
kebombaan di negeri itu.
The Humble Petition of the Traders Residents at
Kota Bahru sumber : Arkib Negara Malaysia
Kerajaan Negeri Kelantan kemudiannya telah memindahkan pasukan bomba
daripada balai polis ke sebuah bangunan di tengah-tengah bandar Kota Bharu
berhampiran dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan diletakkan di bawah
jagaan town board pada 1 Januari 1950. Pada tahun 1953, Kerajaan Negeri
Kelantan telah memperkukuhkan pasukan bomba dengan menambah keanggotan kepada
21 orang dan melantik Othman bin Hj. Abd. Manan sebagai State Fire Officer.
1.6
Kedah
Perkhidmatan kebombaan telah wujud lebih awal di negeri Kedah iaitu
sebelum tahun 1922 lagi. Ia berdasarkan kepada penemuan surat bertarikh 21
Muharam 1341 (12 September 1922) daripada Sanitary Board, Kulim kepada
Duli yang Maha Mulia Regent Kerajaan Kedah. Surat ini mengandungi
permohonan peruntukan bagi pembelian peralatan kebombaan yang akan diletakkan
di bawah jagaan polis Kulim.
Surat daripada Sanitary Board, Kulim
kepada Duli yang Maha Mulia Regent Kerajaan Kedah sumber : Arkib Negara
Malaysia
Pada tahun 1934, sebuah garaj telah diubahsuai sebagai Balai Bomba Alor
Setar dengan keanggotaan seramai empat (4) orang dan dilengkapi dengan sebuah
Land Rover bersama trailer. Balai ini diletakkan di Pejabat Tanah Negeri
Kedah dan telah dipindahkan ke sebuah bangunan di Jalan Raja, Alor Setar yang
kini dikenali sebagai Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja pada tahun 1939.
Balai ini telah dilengkapi dengan dua (2) buah jentera bomba iaitu jenis Dennis
dan jentera water tender. Pada tahun 1949, perkhidmatan bomba telah
diletakkan di bawah pentadbiran town board iaitu di bawah bidang kuasa
Majlis Daerah Alor Setar.
Balai Bomba Alor Star
sumber : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
1.7 Negeri Sembilan
Sejarah perkhidmatan kebombaan di Negeri
Sembilan bermula seawal tahun 1914, di Seremban. Perkhidmatan ini diletakkan di
bawah pentadbiran pasukan polis, sama seperti di negeri-negeri lain. Ini
dibuktikan melalui dokumen Federated Malay States 11 Police bertarikh 2 Mei 1922 yang mengandungi maklumat berkaitan pembelian
jentera, penyelenggaraan dan pembayaran gaji serta elaun anggota yang terlibat
dengan tugas pemadaman kebakaran di Negeri Sembilan pada masa itu.
Pada tahun
1946, pasukan bomba telah ditempatkan di sebuah bangunan di Jalan Bomba
berhampiran Temple Sikh dan Wisma Punca Emas. Balai tersebut telah dipindahkan ke
bangunan di Jalan Dato‟ Bandar Tunggal dan kemudiannya telah berpindah di Jalan
Za‟ba yang kini dikenali sebagai Balai Bomba dan Penyelamat Seremban
1.9 Terengganu
Perkembangan
perkhidmatan kebombaan di Terengganu bermula pada 1 Januari 1947 dengan penubuhan
pasukan bomba pertama. Pasukan ini diketuai oleh E.L. Saunder selaku Regional
Fire Officer dan ditempatkan di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu. Pada 1
Januari 1949, pasukan ini telah dipindahkan ke balai bomba di Kedai Binjai,
Kuala Terengganu di bawah pengawasan Penolong Pegawai Bomba Man bin Limin
dengan dibantu oleh lima (5) orang anggota termasuk seorang pemandu. Pada tahun
yang sama perkhidmatan bot bomba yang pertama diperkenalkan di Tanah Melayu
bagi mengawal pulau-pulau di sekitar negeri Terengganu.
Pada tahun 1950,
pasukan ini telah diperkuatkan lagi dengan penyertaan daripada pasukan bomba
bantuan seramai 15 orang anggota yang terdiri daripada kakitangan Majlis
Bandaran Kuala Terengganu dengan bayaran elaun sebanyak RM5.00 sebulan.
1.8 Johor
Perkembangan perkhidmatan kebombaan di Johor
bermula pada tahun 1930-an dimana pasukan bomba yang pertama ditempatkan di
Jalan Selat Tebrau. Ketika itu perkhidmatan kebombaan diletakkan di bawah
pentadbiran town board yang diketuai oleh seorang pegawai berbangsa
Inggeris iaitu V.G.Donough.
Pada tahun yang sama, balai bomba pertama
dibangunkan dan dikenali sebagai Balai Bomba Johor Bharu yang diketuai oleh
seorang berbangsa Inggeris bernama Kolonel Waltkin. Balai ini dilengkapi dengan
sebuah trailer pump jenis Dennis dan sebuah water tender jenis
Thames.
Trailer Pump jenis Dennis Fire Escape
sumber : Arkib Negara Malaysia
Pada 5 April 1954,
pasukan ini telah dibekalkan dengan peralatan dan kelengkapan sebuah jentera
jenis Ford Thames, sebuah trailer pump jenis Dennis dan dua buah pam
jenis Ford Sympson. Pentadbiran pasukan ini adalah di bawah Majlis Daerah Kuala
Terengganu yang diketuai oleh seorang pegawai daerah berbangsa Inggeris iaitu
Mr. Morgan.
1.10 Pahang
Pada tahun 1947, Perkhidmatan Bomba negeri
Pahang yang dikenali sebagai fire brigade telah diwujudkan di beberapa
daerah seperti Kuantan, Kuala Lipis, Bentong, Raub, Mentakab dan Pekan.
Pentadbiran perkhidmatan bomba ini diletakkan di bawah majlis bandaran manakala
mana-mana daerah yang tiada majlis bandaran diletakkan di bawah pentadbiran
pejabat daerah.
Perlis Fire Brigade
Sumber : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
1.11 Perlis
Perkhidmatan Bomba
negeri Perlis juga bermula pada tahun 1947 di bawah pentadbiran polis. Pada
tahun 1960, perkhidmatan Bomba negeri Perlis telah bergabung dengan
Perkhidmatan Bomba negeri Kedah dan diletakkan di bawah pentadbiran Majlis
Perbandaran Kangar
1.12 Persekutuan Tanah
Melayu
Perkhidmatan kebombaan terus
berkembang di setiap negeri dan kebanyakan pasukan bomba ini diletakkan di
bawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar negeri. Pada 1 April 1946,
pemerintahan British memperkenalkan Malayan Union iaitu penggabungan
Negeri-negeri Selat kecuali Singapura dengan Negeri-negeri Melayu di bawah satu
pentadbiran. Di bawah pentadbiran baru ini, Malayan Union Fire Services telah
dibentuk dan Flight Lt. W.J. Gorman dilantik sebagai Director of Malayan
Union Fire Services beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Sir Edward Gent
sumber : Arkib Negara Malaysia
Penentangan oleh
sultan-sultan, raja-raja, pembesar Melayu dan rakyat terhadap Malayan Union
telah mengakibatkan pentadbiran ini telah dibubarkan. Pada 21 Januari 1948, 14
The Federation of
Malaya atau lebih dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk
melalui perjanjian The Federation of Malaya Agreement dan ditandatangani
di King‟s House yang kini dikenali Carcosa Seri Negara.
King’s House (Carcosa Seri Negara)
sumber : Arkib Negara Malaysia
Upacara
menandatangani perjanjian ini telah dihadiri oleh wakil kerajaan British iaitu
Sir Edward Gent manakala wakil Tanah Melayu terdiri daripada sultan-sultan dan
raja-raja Melayu. Hasil daripada perjanjian yang telah ditandatangani,
perkhidmatan bomba telah diserahkan kembali kepada kerajaan negeri di bawah
pentadbiran yang sama iaitu lembaga bandaran atau lembaga luar bandar mengikut
negeri masing-masing.
Pada tahun 1951, Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan
Jemaah Pemeriksa Perkhidmatan Bomba di bawah Kementerian Pembangunan dan
Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai penasihat kepada Perkhidmatan Bomba
negeri dan kerajaan tempatan
2. BORNEO
Sejarah perkhidmatan kebombaan di Sabah dan Labuan
bermula sekitar tahun 1930-an manakala di Sarawak pula bermula pada tahun
1940-an.
2.1 Sabah dan Labuan
Negeri Sabah juga mengalami proses yang
sama seperti di Tanah Melayu dimana semua perkhidmatan kebombaan dilaksanakan
oleh pasukan polis. Perkhidmatan kebombaan Negeri Sabah (North Borneo) bermula
pada tahun 1930-an di Pulau Labuan yang dipanggil Victoria Island, diketuai
oleh seorang berbangsa Inggeris dengan keanggotan seramai Sembilan (9) orang.
Peralatan yang digunakan pada masa itu hanyalah sebuah pump trailer.
Pasukan Bomba Negeri Sabah yang pertama ditubuhkan pada tahun 1930an diketuai oleh seorang berbangsa
Inggeris dan 9 orang anggota dengan sebuah pam trailer bertempat di Victoria Island
sumber : Arkib Negeri Sabah
Pada tahun 1947, perkhidmatan kebombaan dilaksanakan oleh pasukan polis
yangdikenali sebagai North Borneo Armed Constabulary. Manakala pada
tahun 1948, perkhidmatan kebombaan dijalankan oleh Constabulary Reserve dengan
keanggotaan seramai 38 orang di Api-Api yang kemudiannya dipanggil Jesselton
dan kini dikenali sebagai Kota Kinabalu.
2.2 Sarawak
Perkembangan perkhidmatan kebombaan di negeri Sarawak bermula pada tahun
1940-an. Tugas bagi melaksanakan perkhidmatan ini juga dipertanggungjawabkan
kepada pasukan polis yang diketuai oleh P.J. Shanon bertempat di Balai Polis
Kuching yang juga berperanan sebagai bomba bantuan. Dalam tahun 1946, sebuah
balai bomba dibina di Jalan Gartak, Kuching yang dianggotai oleh 12 orang
anggota bomba bantuan yang diketuai oleh Mejar Dahlan. Urusan pentadbiran
pasukan ini adalah di bawah Majlis Bandaran Kuching.
SEJARAH PERKHIDMATAN KEBOMBAAN SELEPAS MERDEKA
Selepas Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, perkhidmatan kebombaan masih diletakkan
di bawah bidang kuasa tempatan dan kerajaan negeri. Walau bagaimanapun,
perkhidmatan kebombaan di Selangor, Pulau Pinang dan Melaka diletakkan di bawah
kuasa tempatan yang mempunyai bidang kuasa penuhterhadap perkembangan dan
kemajuan perkhidmatan ini.
Perbezaan kuasa ini wujud kerana sejarah awal perkembangan perkhidmatan kebombaan bermula lebih awal di ketiga-tiga negeri ini dan berkembang maju sejak zaman penjajah. Dalam tahun 1968, perkhidmatan bomba di Sabah telah ditadbir oleh Kementerian Kerajaan Tempatan di bawah kuasa negeri. Namun demikian, tugas dan tanggungjawab ini dikendalikan oleh anggota polis sebagai ahli bomba sehingga tahun 1969, apabila kerajaan Sabah mewartakan Enakmen Perkhidmatan Bomba Sabah.
Pegawai bomba yang pertama di negeri Sabah ialah Tuan Hj. Mohamad Yusop bin Hamzah yangdipinjamkan daripada Perkhidmatan Bomba Kuala Lumpur, Selangor pada 6 Mei1968. Keadaan ini berbeza dengan negeri Sarawak kerana perkhidmatan kebombaan ditadbir oleh 16 kuasa tempatan yang berlainan mengikut residen masing-masing. Pada tahun 1969, Kementerian Perumahan dan Pembangunan Persekutuan telah menubuhkan suruhanjaya yang dipanggil sebagai Rancangan Colombo yang diketuai oleh seorang berbangsa Inggeris Mr G.S. Leader.
Tanggungjawab utama suruhanjaya ini adalah untuk membuat kajian dan mengemukakan cadangan bagi memajukanperkhidmatan bomba dan sistem perlindungan kebakaran di negara ini. Salah satu hasil daripada kajian ini adalah penyatuan Perkhidmatan Bomba Malaysia Selain itu, Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan Suruhanjaya DiRaja pada tahun 1975 dan satu laporan mengenai “Remuneration” dan syarat-syarat perkhidmatanpihak berkuasa tempatan dan badan berkanun telah dihasilkan. Laporan suruhanjaya ini melibatkan semua perkhidmatan awam dan terdapat beberapa cadangan yangmelibatkan perkhidmatan bomba secara langsung iaitu:
Perbezaan kuasa ini wujud kerana sejarah awal perkembangan perkhidmatan kebombaan bermula lebih awal di ketiga-tiga negeri ini dan berkembang maju sejak zaman penjajah. Dalam tahun 1968, perkhidmatan bomba di Sabah telah ditadbir oleh Kementerian Kerajaan Tempatan di bawah kuasa negeri. Namun demikian, tugas dan tanggungjawab ini dikendalikan oleh anggota polis sebagai ahli bomba sehingga tahun 1969, apabila kerajaan Sabah mewartakan Enakmen Perkhidmatan Bomba Sabah.
Pegawai bomba yang pertama di negeri Sabah ialah Tuan Hj. Mohamad Yusop bin Hamzah yangdipinjamkan daripada Perkhidmatan Bomba Kuala Lumpur, Selangor pada 6 Mei1968. Keadaan ini berbeza dengan negeri Sarawak kerana perkhidmatan kebombaan ditadbir oleh 16 kuasa tempatan yang berlainan mengikut residen masing-masing. Pada tahun 1969, Kementerian Perumahan dan Pembangunan Persekutuan telah menubuhkan suruhanjaya yang dipanggil sebagai Rancangan Colombo yang diketuai oleh seorang berbangsa Inggeris Mr G.S. Leader.
Tanggungjawab utama suruhanjaya ini adalah untuk membuat kajian dan mengemukakan cadangan bagi memajukanperkhidmatan bomba dan sistem perlindungan kebakaran di negara ini. Salah satu hasil daripada kajian ini adalah penyatuan Perkhidmatan Bomba Malaysia Selain itu, Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan Suruhanjaya DiRaja pada tahun 1975 dan satu laporan mengenai “Remuneration” dan syarat-syarat perkhidmatanpihak berkuasa tempatan dan badan berkanun telah dihasilkan. Laporan suruhanjaya ini melibatkan semua perkhidmatan awam dan terdapat beberapa cadangan yangmelibatkan perkhidmatan bomba secara langsung iaitu:
- Mewujudkan undang-undang berkenaan dengan pencegahan kebakaran yang komprehensif.
- Mengadakan penstrukturan semula perkhidmatan bomba.
- Menyatukan perkhidmatan bomba di bawah seorang ketua pengarah.
- Menyemak semula kadar gaji selaras dengan kadar gaji anggota polis dan penjara.
- Menyemak semula kebajikan berkaitan dengan kecederaan dan kematian hendaklah selaras dengan polis.
- Meletakkan syarat kemasukan lulusan universiti dalam bidang sains ke dalam perkhidmatan bomba.
- Membentuk tiga gred penguasa.
- Membentuk tiga gred pengarah.
- Merekrut pegawai di sekolah pusat latihan bomba sebelum kemasukan keperkhidmatan bomba.
- Membayar kadar gaji [Suffian] kepada semua anggota bomba.
- Mengkaji kadar gaji baru untuk leading fireman dan pemandu jentera bomba.
- Penyatuan jawatan kerani bilik awasan, hose binder, penguji pili bomba dan penguji alat pemadaman api kepada Ketua Ahli Bomba dan juga gaji barunya. Jawatan Ketua Ahli Bomba juga merupakan jawatan kenaikan pangkat bagi Leading Fireman dan juga pemandu jentera bomba.
- Penyatuan jawatan Junior sub-Officer dan Ketua Pemandu kepada sub-Officer serta gaji barunya. Jawatan ini merupakan jawatan kenaikan pangkat bagi jawatan Ketua Ahli Bomba.
- Menjumudkan jawatan pemandu mekanik dan pembantu mekanikal. Jawatan ini diganti dengan junior technician serta gaji barunya.
- Peraturan: perlanggaran disiplin.
- Perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain.
- Kuasa ketua pengarah dan pengarah negeri.
- Umur persaraan.
- Kemudahan perumahan percuma.
Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengalami banyak perubahan dan membangun
hasil daripada laporan ini. Pada 5 Mac 1976, satu lagi suruhanjaya telah
ditubuhkan untuk mengkaji tentang pencegahan dan pengawalan kebakaran di negara
ini.
Tan Sri G.K. Rama Iyer
Sumber: Ghandi Memorial Trust
Suruhanjaya tersebut telah mengeluarkan laporan yang dikenali sebagai
Laporan Dato‟ Rama Iyer yang diketuai oleh Tan Sri Dato‟ G. K.Rama Iyer, Ketua
Setiausaha Kementerian Perancangan dan Penyelidikan Sosio Ekonomi, Malaysia.
Laporan ini telah mengemukakan cadangan-cadangan seperti berikut:
- Penyatuan perkhidmatan bomba di bawah kerajaan pusat (persekutuan).
- Meningkatkan keupayaan pengawalan kebakaran sesuai dengan kemerbahayaan kebakaran.
- Membuat pindaan ke atas Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, sesuai dengan keadaan semasa serta memasukkan pematuhan oleh bangunan sedia ada.
- Tempat pendaratan helikopter di bangunan-bangunan tinggi.
- Pemeriksaan berkala ke atas peralatan elektrik.
- Sambungan terus ke balai bomba.
- Jawatankuasa tetap pegawai-pegawai yang terdiri daripada badan-badan profesional dan jabatan yang berkaitan bagi mengkaji dan membuat cadangan berkaitan dengan keselamatan rekabentuk, pembinaan bangunan dan peraturan meminimumkan kemerbahayaan kebakaran.
Pada tahun 1976, satu
kebakaran besar telah berlaku di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur. Ekoran
daripada kebakaran tersebut, satu suruhanjaya telah dibentuk untuk mengkaji
penambahbaikan perkhidmatan kebombaan di negara ini. Suruhanjaya ini diketuai
oleh Tan Sri Alwi Jantan, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerajaan Tempatan dan
Wilayah Persekutuan ketika itu dan satu laporan telah dikeluarkan yang
mengandungi cadangan pencegahan kebakaran di dalam bangunan dikuatkuasakan.
Laporan suruhanjaya ini juga membincangkan dan mencadangkan supaya perkhidmatan
bomba disatukan di bawah satu pentadbiran.
Hasil daripada laporan
Rancangan Colombo dan Laporan Suruhanjaya Diraja, Jabatan Perkhidmatan Bomba
Malaysia disatukan di bawah persekutuan dan diletakkan di bawah Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 1 Januari 1976. Suruhanjaya-suruhanjaya
yang diketuai oleh Tan Sri Dato‟ G. K. Rama Iyer dan Tan Sri Alwi Jantan telah
memperkuatkan lagi usaha menyatukan perkhidmatan bomba di Malaysia. Penyatuan
ini dilakukan secara berperingkat melibatkan tiga peringkat penyatuan iaitu
peringkat pertama bermula pada tahun 1976 melibatkan perkhidmatan kebombaan
negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang,
Terengganu dan Kelantan. Manakala peringkat kedua pula pada 1 Januari 1977 melibatkan
perkhidmatan bomba di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis
Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Melaka. Penyatuan peringkat
ketiga bermula pada 15 Mei 1981 melibatkan Perkhidmatan Bomba negeri Sabah dan
Sarawak.
Tan Sri Alwi Jantan,
Mantan Ketua Setiausaha,
Kementerian Kerajaan Tempatan
dan Wilayah Persekutuan
Pada 3 Disember 1980, satu
lagi suruhanjaya telah ditubuhkan yang dipanggil Suruhanjaya Dato‟ Yahya Abd.
Wahab. Ketika itu beliau merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan. Suruhanjaya ini telah mengemukakan laporan khas tentang
perlunya peralatan, latihan, balai bomba, bomba sukarela dan siasatan punca
kebakaran.
Laporan ini telah mencadangkan supaya mewujudkan Akta Bomba
dan Akta Perlindungan Kebakaran. Ini adalah kerana klausa peruntukan
Undang-undang Kecil Bangunan Perbandaran Kuala Lumpur 1958 tidak mencakupi
kelengkapan perlindungan
kebakaran di dalam bangunan. Selain itu, keempat-empat laporan iaitu Laporan
Colombo, Laporan Suruhanjaya DiRaja, Laporan Dato‟ Rama Iyer dan Laporan Tan
Sri Alwi Jantan juga membincangkan tentang keperluan menggubal undang-undang
berkaitan dengan pencegahan kebakaran yang menjadi faktor penyumbang kepada
penggubalan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Manakala Laporan Suruhanjaya Dato‟ Yahya Abd. Wahab telah menyumbang kepada penggubalan Akta Perkhidmatan Bomba 1988.
Dato‟ Yahya Abd. Wahab
Mantan Ketua Setiausaha, Kementerian
Kerajaan Tempatan dan Wilayah
Persekutuan
NAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Pelbagai
persoalan timbul tentang bagaimana bermulanya nama Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia. Perkataan bomba dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu Bombeiros
yang bermaksud pasukan pemadam. Manakala menurut Kamus Dewan, perkataan
bomba mempunyai dua (2) maksud iaitu sejenis alat yang digunakan untuk mengepam
air dan pasukan memadam kebakaran. Berdasarkan kepada penemuan dokumen iaitu
sekeping surat permohonan kepada pemerintah negeri Kedah bertarikh 12 September
1922 bersamaan 21 Muharram 1341, membuktikan bahawa perkataan bomba telah lama
digunakan. Di dalam surat tersebut, terdapat perkataan bomba ayer yang merujuk
kepada permohonan penempatan bomba ayer tersebut untuk memelihara pekan Kulim
daripada kebakaran.
Melalui temubual
Sejarah Lisan Arkib Negara Malaysia dengan bekas Timbalan Ketua Pengarah,
Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia iaitu Tuan Hj. Mohamad Yusop bin Hamzah
pada 14 Disember 2011 menyatakan bahawa jabatan ini menggunakan nama fire
brigade sebelum ianya ditukar kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia.
Usaha menukar dan menterjemahkan nama fire brigade dan beberapa
perkataan teknikal lain berkaitan dengan jabatan telah dibuat dalam satu kempen
Bulan Bahasa Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka yang dilancarkan pada
28 Januari 1961.
Bulan Bahasa Kebangsaan ini diadakan selama enam tahun, iaitu dari tahun 1961 hingga 1966. Penterjermahan ini
dibuat oleh beliau bersama tiga orang pegawai bomba lain iaitu Tuan Hj. Mohd
Nor Daemon, G. Kandiah dan seorang pegawai berbangsa Cina dari Mentakab yang
dilantik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panel penterjemah. Menurut
beliau perkataan fire brigade kalau diterjemahkan secara terus bermaksud
pasukan api dan dirasakan tidak berapa sesuai untuk digunakan pada masa itu.
Idea untuk perkataan bomba kemudiannya diambil dari nama sejenis alat pengepam
minyak atau air yang dipanggil gumba. Alat ini walau bagaimanapun hanya dapat
mengepam air dan tidak memancut air. Oleh itu satu lagi perkataan lain
digunakan iaitu bombat yang bermaksud menumpukan tapi masih tidak sedap didengar.
Selepas itu huruf T telah dibuang dan perkataan yang digunakan hanyalah bomba
sahaja.
Pada 8 Januari 1997, nama jabatan sekali lagi mengalami perubahan
apabila Jemaah Menteri telah bersetuju mengubah nama Jabatan Perkhidmatan Bomba
Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Satu majlis pengumuman
dan pelancaran telah dibuat di Genting Highlands pada 21 Februari 1997 oleh YAB
Dato‟ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu
PENSTRUKTURAN
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
1. Jemaah Pemeriksa
Perkhidmatan Bomba Persekutuan Tanah Melayu
Jemaah Pemeriksa
Perkhidmatan Bomba telah ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan dan
Kerajaan Tempatan pada tahun 1951. Ia berfungsi member nasihat kepada kerajaan
negeri mengenai hal kebombaan, termasuk latihan kepada anggota dan orang awam.
Selain itu, ia juga berperanan memperbaiki bahagian pencegahan dan membuat
cadangan mengenai pencegahan dan pengawasan perlindungan kebakaran. Pengerusi
pertama Jemaah Pemeriksa Perkhidmatan Bomba ialah Lt. Col F.F.C Watkins yang
dilantik pada tahun 1951 sehingga 1955.
Pada tahun 1956, Pegawai Bomba Negeri
Kelantan Encik Othman bin Hj. Abd. Manan telah dinaikkan pangkat oleh kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu untuk memegang jawatan tertinggi dalam Perkhidmatan
Bomba dan juga merupakan anak Melayu pertama dilantik menjadi Pengerusi Jemaah
Pemeriksa Perkhidmatan Bomba Persekutuan Tanah Melayu. Perlantikan ini bagi
menggantikan Lt. Col F.F.C Watkins yang telah tamat perkhidmatannya pada tahun
1955. Seterusnya jawatan tersebut telah diganti oleh P.A Glosz dan Tuan Hj.
Mansor bin Hj. Mahat.
2. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Selepas semua negeri di Semenanjung Malaysia disatukan di bawah perkhidmatan bomba pada 1 Januari 1977, satu jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Bomba telah diwujudkan bagi mentadbir dan mengurus perkhidmatan kebombaan. Pada 1 April 1977, Tuan Hj. Mansor bin Hj. Mahat telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Bomba Malaysia yang pertama dan diikuti oleh ketua pengarah seterusnya seperti berikut:
Selepas semua negeri di Semenanjung Malaysia disatukan di bawah perkhidmatan bomba pada 1 Januari 1977, satu jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Bomba telah diwujudkan bagi mentadbir dan mengurus perkhidmatan kebombaan. Pada 1 April 1977, Tuan Hj. Mansor bin Hj. Mahat telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Bomba Malaysia yang pertama dan diikuti oleh ketua pengarah seterusnya seperti berikut:
3. Perjawatan dan Carta
Organisasi
Jabatan ini berkembang maju
seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara. Di peringkat awal penyatuan
iaitu pada 1 Januari 1976, jumlah perjawatan adalah sebanyak 1,712 sahaja.
Jabatan dengan kerjasama kementerian telah membuat kajian semula berkaitan
dengan fungsi dan peranan jabatan serta keperluan penambahan perjawatan. Hasil
daripada kajian tersebut beberapa bahagian dan perjawatan baru telah
diwujudkan.
Proses penstrukturan ini melibatkan beberapa fasa perubahan dalam
organisasi jabatan. Walau bagaimanapun bagi tujuan penulisan sejarah ini
perbandingan bahagian dan perjawatan yang dipaparkan hanya melibatkan carta
organisasi peringkat awal penyatuan iaitu pada tahun 1979 dan tahun semasa
2013.
Perbezaan dan
perubahan yang besar dapat dilihat pada tahun 1979 iaitu sebelum penyatuan
Sabah dan Sarawak. Terdapat hanya tiga bahagian sahaja di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah iaitu Bahagian Latihan, Bahagian Pentadbiran /
Kewangan / Pembangunan / Perjawatan / Hasil pegawai tadbir dan Bahagian
Pencegahan Kebakaran dengan jumlah perjawatan seramai 3,724 orang. Perubahan
yang besar dapat dilihat pada masa kini, apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia sekali lagi melakar sejarah dengan penstrukturan semula jabatan pada
tahun 2005.
Penstrukturan ini telah memperluaskan bidang kuasa jabatan dimana
setiap bahagian mempunyai fungsi yang lebih luas dan spesifik serta diwujudkan
bahagian dan unit baru. Bahagian dan unit tersebut ialah:
- Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat
- Bahagian Keselamatan Kebakaran
- Bahagian Penyiasatan Kebakaran
- Bahagian Udara
- Bahagian Latihan
- Bahagian Pembangunan
- Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
- Bahagian Kejuruteraan Jentera
- Bahagian Pengurusan
- Bahagian Pengurusan Korporat
- Unit Disiplin
- Unit Audit Dalam
- Unit Undang-Undang
NILAI-NILAI KORPORAT
Buku Visi dan Misi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dikeluarkan oleh jabatan
selepas majlis pelancaran nama dan bendera baru oleh YAB Dato‟ Seri Dr Mahathir
bin Mohamad pada 21 Februari 1997.
Di antara isi kandungan buku ini ialah visi,
misi, objektif, etika, dasar kualiti, objektif kualiti dan piagam pelanggan
jabatan. Walau bagaimanapun perubahan telah dibuat ke atas visi, misi,
objektif, dasar kualiti, objektif kualiti dan piagam pelanggan jabatan di dalam
buku Pelan Strategik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (2009-2020) selaras
dengan visi negara. Buku ini telah dilancarkan oleh YB Dato‟ Seri Panglima Hj.
Lajim bin Hj. Ukin pada 4 Mei 2009 di perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim
Alor Star, Kedah. Visi dan misi jabatan sekali lagi mengalami perubahan apabila
kajian semula telah dibuat ke atas pelan strategik jabatan dan satu surat arahan
menguatkuasakan penggunaannya dikeluarkan pada 15 Januari 2013. Surat ini
ditandatangani oleh Dato‟ Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia.
1. Visi
Kearah sebuah organisasi
kebombaan penyelamat ber taraf dunia (1997-April 2009) Menjadi sebuah
organisasi kebombaan dan penyelamatan bertaraf antarabangsa. (Mei 2009-2012)
Menjadi sebuah organisasi Kebombaan dan Penyelamatan yang berprestasi tinggi
(2013).
2. Misi
Untuk mencapai misi ini, kami komited untuk memberikan
perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan secara profesional dan unggul untuk
melindungi nyawa, harta benda dan alam sekitar serta memberikan perkhidmatan
perikemanusian di semua keadaan bencana. (1997-April 2009)
Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia komited untuk memberi perkhidmatan kebombaan dan
penyelamatan yang profesional bagi menyelamatkan nyawa, harta
benda dan alam sekitar dengan menggunakan sumber secara berkesan dan
teknologi terkini. (Mei 2009-2012) Memberi perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan
yang profesional bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda (2013).
3.
Objektif
Untuk memberi khidmat mencegah dan memadam kebakaran
menguatkuasakan peruntukan Undang-undang yang berkaitan serta memberi khidmat
kemanusian dengan cekap dan berkesan. (1997-April 2009) Untuk memberi khidmat
pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan Undang-undang yang
berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan
khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan.(Mei 2009-sehingga kini)
4.
Dasar Kualiti
Komitmen kami kepada masyarakat adalah memberikan khidmat kebombaan dan penyelamatan yang profesional dan berkualiti. (1997- April 2009) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia komited untuk memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan secara profesional dan unggul untuk melindungi nyawa, harta benda dan alam sekitar serta memberikan perkhidmatan kemanusiaan di semua keadaan bencana bagi mencapai kepuasandan keyakinan pelanggan melalui proses penambahbaikan menyeluruh. (Mei 2009-sehingga kini)
Komitmen kami kepada masyarakat adalah memberikan khidmat kebombaan dan penyelamatan yang profesional dan berkualiti. (1997- April 2009) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia komited untuk memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan secara profesional dan unggul untuk melindungi nyawa, harta benda dan alam sekitar serta memberikan perkhidmatan kemanusiaan di semua keadaan bencana bagi mencapai kepuasandan keyakinan pelanggan melalui proses penambahbaikan menyeluruh. (Mei 2009-sehingga kini)
5. Objektif
Kualiti
Cemerlang melalui inovasi dan kualiti MS ISO 9000. (1997-April 2009) Dari segi kualiti jabatan bertekad untuk cemerlang melalui inovasi dan kualiti MS ISO 9001-2008. (Mei 2009-sehingga kini)
Cemerlang melalui inovasi dan kualiti MS ISO 9000. (1997-April 2009) Dari segi kualiti jabatan bertekad untuk cemerlang melalui inovasi dan kualiti MS ISO 9001-2008. (Mei 2009-sehingga kini)
6. Piagam Pelanggan Piagam
pelanggan (1997-April 2009)
- Komitmen kami kepada masyarakat adalah memberikan khidmat kebombaanyang profesional dan berkesan.
- Kami berjanji sentiasa bersedia memberi khidmat kemanusian.
- Kami berjanji untuk mempastikan dan menentukan aspek-aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran di bangunan-bangunan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang.
- Kami berjanji sentiasa berusaha untuk memberi kesedaran mengenai keselamatan dan pencegahan kebakaran kepada orang ramai dengan efektif.
- Komitmen kami kepada masyarakat adalah untuk memberikan khidmat pemadaman kebakaran dan penyelamatan yang profesional dan berkesan.
- Kami berjanji sentiasa bersedia memberi khidmat kemanusiaan.
- Kami berjanji untuk memastikan dan menentukan aspek-aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran di bangunan-bangunan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang.
- Kami berjanji sentiasa berusaha untuk memberi kesedaran mengenai keselamatan dan pencegahan kebakaran kepada orang ramai dengan efektif.
7. Etika
Terdapat enam (6) etika yang diguna pakai
di dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia:
- Berkhidmat untuk negara kerana Allah.
- Sentiasa berkhidmat untuk faedah masyarakat.
- Taat dan Setia, Cekal dan Sabar.
- Bekerja dengan dedikasi, cekap dan berdisiplin.
- Siap Sedia Setiap Masa.
- Seerat Serasa Sehati Sejiwa.
1.5 Logo Baru Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Logo ini dilancarkan
di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu pada 21 November
2008 oleh YAS Dato‟ Hamzah bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia.
- Bahagian atas logo JBPM, terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja jabatan.
- Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel jabatan yang memberikan perkhidmatan yang profesional.
- Tiga butir bunga padi disusun berlapis sembilan dalam dua lingkaran melambangkan sembilan negeri beraja, kuasa jabatan untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan juga kemakmuran negara.
- Ikatan tali clove melambangkan jabatan menjalankan kerja penyelamatan.
- Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, manakala warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti (a golden service) kepada komuniti.
1.6 Lencana Sedia Menyelamat
Lencana ini
dilancarkan semasa Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia di Kuala Lumpur pada 7
Mei 2011 oleh YB Dato‟ Seri Panglima Hj. Lajim bin Hj. Ukin, Timbalan Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia
- Perisai melambangkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dipertanggungjawabkan sebagai agensi utama yang melindungi nyawa dan harta benda dalam apa-apa bencana.
- Pip yang terletak di tengah-tengah perisai terdiri daripada gabungan impeller dan kapak bersilang yang melambangkan tugas utama (core business) JBPM dalam melaksanakan tugas-tugas pemadaman kebakaran dan penyelamatan.
- Skrol „SEDIA MENYELAMAT‟ merupakan moto JBPM yang sentiasa bersiap sedia memberi perkhidmatan menyelamat dalam apa-apa situasi kecemasan.
- Lidah api melambangkan bahaya dan risiko yang dihadapi oleh pegawaipegawai bomba dalam melaksanakan tugas pemadaman kebakaran.
- Garisan-garisan halus berwarna keemasan yang terpancar dari pusat perisai melambangkan perkhidmatan berkualiti (a golden service) yang ditawarkan oleh JBPM kepada masyarakat.
- Warna biru pada perisai melambangkan air yang digunakan sebagai media utama pemadaman kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi pemadaman atau kecemasan.
- Warna merah pada pip melambangkan semangat keberanian yang tinggi di kalangan pegawai bomba dalam melaksanakan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan.
- Pemakaian lencana „SEDIA MENYELAMAT‟ melambangkan satu pengiktirafan kepada JBPM sebagai sebuah agensi utama yang relevan dalam melaksanakan tugas-tugas kebombaan dan penyelamatan sejajar dengan fungsi dan peranannya seperti yang termaktub dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341). 34
1.7
Logo Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia
Logo khas untuk
akademi telah diperkenal dan dilancarkan oleh Dato‟ Wan Mohd Nor bin Hj.
Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 19 Disember
2011 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Terengganu. Logo
akademi berbentuk perisai menunjukkan warga akademi yang bersungguhsungguh
untuk melahirkan warga JBPM yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang
tinggi dan peranan menyediakan warga JBPM dengan pertahanan daripada
unsur-unsur negatif dari luar dan dalam.
- Warna biru melambangkan air sebagai media pemadaman dan symbol keharmonian warga akademi dalam menjalankan tugas.
- Warna merah melambangkan semangat dan keberanian yang diterapkan oleh warga akademi kepada semua pelanggan akademi.
- Warna kuning melambangkan akademi memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan (a golden service).
- Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel jabatan yang memberikan perkhidmatan yang profesional.
- Lingkaran api berantai melambangkan warga akademi yang memiliki semangat waja dan bersatu padu dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti.
2. Bendera Rasmi
Bendera Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia telah diberi wajah baru pada tahun 1995 oleh Dato‟ Soh
Chai Hock, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia selepas mengambil alih pentadbiran jabatan. Bendera ini telah
dilancarkan bersama nama baru jabatan di Genting Highland pada 21 Februari
1997. • Bendera JBPM terbahagi kepada 2 bahagian, 3 segi berwarna merah dengan
logo jabatan, jalur kuning dan biru dalam satu 3 segi yang lain.
- Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi di kalangan anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara.
- 15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri-negeri.
- Jalur kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhdmatan yang berkualiti (a golden service) kepada pelanggan dan stakeholders ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan mencerminkan kesetiaan kepada raja dan negara.
- Jalur biru melambangkan air yang digunakan sebagai media pemadaman kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi kecemasan.
3. Slogan/Moto
Slogan
kualiti jabatan yang pertama mula diperkenalkan pada 11 April 1984 oleh YAS
Dato‟ Hj. Badarudin bin Mat Isa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Bomba Malaysia iaitu
“Cekap dan Berdisiplin”.
Semasa era pentadbiran Ketua Pengarah, Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia yang ketiga YAS Dato‟ Soh Chai Hock, slogan
kualiti jabatan telah ditukar sebanyak dua kali iaitu Profesional Penggerak
Kecemerlangan pada tahun 1996 dan Cekap, Ikhlas dan Berani pada
tahun 1999.
Pada 28 Oktober 1999, YAS Dato‟ Jaafar Sidek bin Hj. Tambi, Ketua
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang keempat telah
memperkenalkan slogan baru iaitu “Kakitangan Berkualiti Perkhidmatan
Berkesan”. Slogan ini digunakan sehingga tahun 2005 apabila YAS Dato‟
Hamzah bin Abu Bakar, Ketua Pengarah yang baru memperkenalkan slogan “Profesionalisme
Teras Kecemerlangan” pada 4 Mei 2007 dan “Sedia Menyelamat” pada 21
November 2008
Seiring
dengan slogan sedia menyelamat, satu moto jabatan telah diperkenalkan iaitu “Cepat
dan Mesra”. Moto ini telah dilancarkan oleh YAS Dato‟ Wan Mohd Nor bin Hj.
Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang baru pada 1
November 2010.
Cepat ditafsirkan sebagai sesuatu perbuatan yang pantas
atau lekas yang dilengkapi dengan elemen-elemen kualiti seperti kecekapan,
kecergasan, kemahiran dan sense of urgency. Manakala
Mesra pula
adalah perasaan atau perhubungan yang bersebati, benar-benar, erat dan karib
dalam semua urusan dengan pelanggan jabatan.
GELARAN DAN TANDA PANGKAT
Perubahan
skim perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 37 Tahun 2005 telah diubah dari empat (4) lapisan kepada tiga
(3) lapisan perkhidmatan dengan memansuhkan ahli bomba. Skim ini telah
berkuatkuasa pada 1 Januari 2006. Perubahan ini telah menyebabkan gelaran dan
tanda pangkat turut berubah seperti berikut:
Pingat
Kebesaran Jabatan
Pada 30 Mei 1997, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah
mengeluarkan satu garis panduan bagi pengurniaan pingat kebesaran jabatan yang
ditandatangani oleh Dato‟ Soh Chai Hock, mantan Ketua Pengarah, Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia dan diguna pakai sehingga kini. Ia merupakan satu pengiktirafan
jabatan kepada mereka yang telah berbakti dan berjasa dalam hal kebombaan dan
penyelamatan, menunjukkan taat setia dan memberikan perkhidmatan dalam tempoh
masa yang lama serta cemerlang dalam menjalankan tugas.
Pingat kebesaran
tersebut ialah
• Pingat Ketua Pengarah Bomba (pkpb)
• Pingat Jasa Bomba (PJB)
•
Pingat Setia Bomba (PSB)
• Pingat Cemerlang Bomba (PCB)
Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia sekali lagi melakar sejarah dengan memperkenalkan Bintang
Jasa Bomba (BJB) pada 29 November 2000, yang merupakan pengiktirafan tertinggi
jabatan dimana tiga (3) orang telah dianugerahkan bintang tersebut iaitu Datuk
Khalib bin Hj. Husin, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Dato‟ Dr. Hj. Helmi bin Hj. Yahya, Timbalan Ketua Menteri Pulau
Pinang dan Dato‟ Hj Badarudin bin Mat Isa, mantan Ketua Pengarah Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia.
Bintang Jasa Bomba (BJB)
Bintang Jasa Bomba (BJB) adalah anugerah kebesaran tertinggi JBPM. Bintang ini dianugerahkan kepada:-
- Anggota Pentadbiran Negeri / Persekutuan;
- Ketua Setiausaha Kementerian/ Setiausaha Kerajaan yang memberi sumbangan kepada kemajuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
- Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sama ada masih berkhidmat atau telah bersara; dan
- Kepada mereka yang tinggi jasa dan komitmennya kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Pingat Ketua Pengarah Bomba (PKPB)
Pingat Ketua Pengarah Bomba
(PKPB) dikurniakan kepada mereka yang telah berbakti dan berjasa dalam apa jua
lapangan terutama dalam hal kebombaan dan penyelamatan dan mencapai salah satu
atau lebih daripada tahap berikut:-
- Telah menunjukkan jasa dan kejayaan yang lebih daripada kejayaan biasa;
- Telah memberikan perkhidmatan yang tinggi mutunya dan menjalankan tugas-tugas yang bahaya, sukar dan boleh dianggap sebagai berani dan juga telah menyelesaikan tugasnya dengan cemerlang;
- Telah memberi sumbangan bakti dalam apa jua bentuk kepada jabatan khasnya dalam masyarakat amnya yang mana sumbangan baktinya itu ada hubungkait dengan tugas dan tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; dan
- Telah melaksanakan tugas-tugas atas arahan atau secara sukarela yang berlebihan daripada tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya sebagai pegawai awam.
Pingat
Ketua Pengarah Bomba ini akan dikurniakan kepada:
- Pegawai dan anggota bomba dan penyelamat yang sedang berkhidmat atau yang telah bersara
- Kakitangan gunasama yang sedang berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, yang telah bertukar atau yang telah bersara;
- Pegawai dan anggota bomba dan penyelamat serta Kakitangan gunasama yang sedang berkhidmat dengan jabatan bomba dan penyelamat dari luar negeri; dan
- Orang awam, anggota bomba sukarela, anggota bomba bantuan, anggota bomba swasta, pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan tugas bomba dan penyelamat dan badan-badan berkanun.
Pingat
Jasa Bomba (PJB)
Pingat Jasa Bomba (PJB) ini dikurniakan kepada mereka yang telah berkhidmat lama dan berjasa dalam apa jua lapangan terutama dalam hal Kebombaan dan Penyelamatan dan mencapai salah satu atau lebih daripada tahap berikut:-
- Telah menunjukkan jasa dan kejayaan yang cemerlang sepanjang perkhidmatan mereka;
- Telah memberikan perkhidmatan yang tinggi mutunya dan menjalankan tugas-tugas yang boleh dianggap sebagai berani dan juga telah menyelesaikan tugasnya dengan cemerlang;
- Telah memberikan sumbangan bakti dalam apa jua bentuk kepada Jabatan khasnya dan masyarakat amnya yang mana sumbangan baktinya itu ada hubungkait dengan tugas dan tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; dan
- Telah melaksanakan tugas-tugas atas arahan atau secara sukarela yang berlebihan daripada tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya sebagai pegawai awam.
Pingat
Jasa Bomba ini akan dikurniakan kepada: • Pegawai dan anggota bomba dan
penyelamat yang telah atau sedang berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia, tidak kurang dari 20 tahun; • Kakitangan gunasama yang
telah atau sedang berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
tidak kurang dari 15 tahun; • Pegawai dan anggota bomba dan penyelamat serta
kakitangan gunasama yang telah bersara atau telah bertukar ke jabatan lain yang
mana tempoh perkhidmatan mereka dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
tidak kurang dari 15 tahun; dan • Anggota bomba sukarela, anggota bomba
bantuan, anggota bomba swasta yang telah berkhidmat secara berterusan tidak
kurang 15 tahun.
Pingat Setia Bomba (PSB)
Pingat Setia Bomba (PSB) ini
dikurniakan kepada mereka yang telah berkhidmat lama dan mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik dan mencapai salah satu atau lebih daripada tahap
berikut:
- Telah menunjukkan jasa dan kejayaan yang baik sepanjang perkhidmatan mereka;
- Telah memberikan perkhidmatan yang baik dan telah menunjukkan taat setia kepada jabatan;
- Telah memberi sumbangan bakti dalam apa jua bentuk kepada jabatan khasnya dan masyarakat amnya yang mana sumbangan baktinya itu ada hubungkait dengan tugas dan tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; dan
- Melaksanakan tugas-tugas atas arahan atau secara sukarela yang berlebihan daripada tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya sebagai pegawai awam.
Pingat
Setia Bomba ini akan dikurniakan kepada:
- Pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat yang telah atau sedang berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, tidak kurang dari 15 tahun;
- Kakitangan gunasama yang telah atau sedang berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, tidak kurang dari 10 tahun;
- Pegawai dan anggota bomba dan penyelamat serta kakitangan gunasama yang telah bersara atau yang telah bertukar ke jabatan lain yang mana tempoh perkhidmatan mereka dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, tidak kurang dari 10 tahun; dan
- Anggota bomba sukarela, anggota bomba bantuan, anggota bomba swasta yang aktif dan telah berkhidmat secara berterusan tidak kurang dari 10 tahun.
Pingat Cemerlang Bomba (PCB)
Pingat Cemerlang Bomba (PCB)
ini dikurniakan kepada mereka yang telah berjasa dan berkhidmat dengan
cemerlang kepada jabatan dan kerajaan Malaysia dan telah mencapai salah
satuatau lebih daripada tahap berikut;
- Telah menunjukkan jasa dan kejayaan yang cemerlang sepanjang perkhidmatan mereka;
- Telah memberikan perkhidmatan yang baik dan telah menunjukkan mutu kerja yang cemerlang serta taat setia kepada jabatan dan telah dianugerahkan „Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perkhidmatan Awam‟ sekurang-kurangnya dua kali dalam masa perkhidmatannya;
- Telah memberi sumbangan bakti yang cemerlang dalam apa jua bentuk kepada jabatan khasnya dan masyarakat amnya yang mana sumbangan baktinya itu ada hubungkait dengan tugas dan tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; dan
- Telah melaksanakan tugas-tugas dengan cemerlang atas arahan atau secara sukarela yang berlebihan daripada tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya sebagai pegawai awam.
Pingat Cemerlang Bomba
ini akan dikurniakan kepada:
- Pegawai dan anggota bomba dan penyelamat yang telah atau sedang berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
- Kakitangan gunasama yang telah atau sedang berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
- Pegawai dan anggota bomba dan penyelamat serta kakitangan gunasama yang telah bersara atau telah bertukar ke jabatan lain yang mana tempoh perkhidmatan mereka dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, telah menunjukkan tahap perkhidmatan yang cemerlang; dan
- Anggota bomba dan pasukan bomba sukarela, anggota atau pasukan bomba bantuan, anggota atau pasukan bomba swasta yang aktif dan menunjukkan tahap perkhidmatan yang cemerlang dalam bidang kebombaan dan penyelamatan.
IKRAR BOMBA DAN LAGU
BOMBA
1. Ikrar Bomba
Ikrar Bomba telah dibukukan di dalam buku Visi dan
Misi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan diterbitkan oleh jabatan
pada tahun 1997. Ikrar Bomba tersebut ialah: Bahawa kami, Pegawai-pegawai bomba
dan penyelamat Menyedari tanggungjawab, Kepada negara, bangsa dan agama
Berpegang
teguh kepada Teras perkhidmatan cemerlang Berikrar akan bekerja dengan ikhlas,
Penuh tanggungjawab dan beramanah Tidak akan menggunakan kedudukan Jawatan
untuk kepentingan diri, Berkhidmat dengan penuh muhibah dan Kemesraan demi
meningkatkan disiplin Produktiviti dan kualiti Perkhidmatan awam.
2. Lagu
Bomba
Usaha untuk menyemarakkan semangat dan kecintaan pegawai kepada
jabatan dan perkhidmatan kebombaan telah ditanam dan diterapkan melalui
nyanyian lagu bomba di setiap majlis yang diadakan dan ketika pegawai bomba
mengikuti kursus asas kebombaan.
Lagu “Siap Sedia Setiap Masa” telah
dicipta pada tahun 1978 oleh Ketua Ahli Bomba Hj. Abu Nasir bin Hj. Hassan.
“Siap
Sedia Setiap Masa” Kami anggota bomba Di seluruh negara Bersiap dan sedia
Disetiap masa Mengawal kebakaran Di kota dan di desa Menyelamatkan nyawa Dan
juga harta benda Rukun negara kami junjung bersama Penuh setia dengan semangat
waja Dari Perlis hinggalah ke Sabah
Mendukung etika
bekerja . Kepada rakyat semua Marilah bekerjasama Untuk menghindarkan Segala
malapetaka Demi kesejahteraan Kita bersama Barulah kita hidup Aman damai
selamanya
PUSAT LATIHAN/AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Perkembangan
perkhidmatan kebombaan memerlukan penubuhan pusat latihan setempat bagi melatih
anggota dan pegawai bomba baru tentang ilmu kebombaan. Beberapa pusat latihan
telah ditubuhkan secara berperingkat bagi menampung keperluan jabatan dalam
usaha memberikan perkhidmatan kebombaan yang terbaik kepada masyarakat dan
negara.
1. Pusat Latihan Bomba Gombak, Selangor
Pusat Latihan Bomba yang
pertama ditubuhkan pada tahun 1957 di Bangunan Pejabat Pertahanan Awam, Jalan
Gurney, Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Birch Road yang kini
dikenali Jalan Maharajalela. Pusat latihan ini kemudiannyadipindahkan ke sebuah
bangunan di Batu 6, Gombak, Selangor sehingga tahun 1972. Berikut adalah komandan-komandan
yang pernah berkhidmat di pusat latihan tersebut bermula dari tahun 1958 sehingga 1972
2. Pusat Latihan Bomba Malaysia, Kuala Kubu Bharu, Selangor
Pada bulan Januari
1972, pentadbiran Pusat Latihan Gombak telah dipindah ke Kuala Kubu Bharu,
Selangor. Pembukaan secara rasminya disempurnakan oleh Menteri Teknologi,
Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Ong Kee Hui pada 28 Februari 1973
di atas tapak seluas 13 ekar. Pusat Latihan Bomba Malaysia, Kuala Kubu Bharu
ini kemudiannya telah ditukarkan dan dinaikkan taraf kepada Akademi Bomba dan
Penyelamat Malaysia, pada tahun 1997. Berikut adalah komandan-komandan yang
pernah berkhidmat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu.
3. Pusat Latihan Bomba Wilayah Shah Alam, Selangor
Mula beroperasi pada
tahun 1984, diketuai oleh seorang ketua pegawai latihan dengan keanggotaan
seramai enam (6) orang termasuk seorang kerani am. Pusat latihan ini ditutup
secara rasmi pada 30 Ogos 2009 selepas penstrukturan semula jabatan dan
diserahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Selangor.
Berikut adalah senarai nama ketua pegawai latihan yang telah berkhidmat di
pusat latihan tersebut:- Khamli bin. A Rani 1984-1986 Yaakob bin Othman
1987-1990 Jamil bin Saadon 1991-1992 Mohd Puzi bin Tabot 1993-1997 Jamaluddin
bin Ismail 1998-1998 Hussein bin Abd Rahman 1998-2000 Jaafar bin Amil 2001-2004. Sarikan bin Bustaman 2005-2005 Abdul Manaf bin Che‟ Isa 2006-2009
4. Pusat Latihan Bomba Wilayah Ipoh, Perak
Pusat Latihan Bomba Wilayah Ipoh, Perak telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan telah dinaik taraf kepada Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Ipoh pada tahun 2008. Pusat latihan ini beroperasi di bangunan sementara di kuarters, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Perak. Berikut adalah senarai nama ketua pegawai latihan/komandan yang telah berkhidmat di Pusat Latihan Bomba Wilayah Ipoh/Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Ipoh:- Nor Azlan bin Abdul Rahman 1997-2004 Saroni bin Jamingan 2004-2009 Mohamad Zin bin Salleh 2009
5.
Pusat Latihan Bomba Wilayah Sabah
Pusat Latihan Bomba Wilayah Sabah telah ditubuhkan pada 1 Januari 1986 dan ditempatkan di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jalan Sembulan Kota Kinabalu. Pusat Latihan ini telah dinaik taraf menjadi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 1 Jun 2009 dan kemudiannya dipindahkan ke Jalan Sulaman, Sepanggar, Kota Kinabalu. Berikut adalah senarai nama ketua pegawai latihan / komandan yang telah berkhidmat di Pusat Latihan Bomba Wilayah Sabah / Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabah:- Edmund Wong Yun Kong 1986-1988 Karim bin Hj. Taha 1989-1990 Kassim bin Maidin 1991-1995 Albert Jiran Tanjung 1996-2001, Sarikan bin Bustaman 2002-2004, Johari bin Dzulkifle 2005-2008 Zainal bin Madasin 2009-2010 Juliana binti Tinggal 2011-2012 Johari bin Dzulkifle 2013
Pusat Latihan Bomba Wilayah Sabah telah ditubuhkan pada 1 Januari 1986 dan ditempatkan di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jalan Sembulan Kota Kinabalu. Pusat Latihan ini telah dinaik taraf menjadi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 1 Jun 2009 dan kemudiannya dipindahkan ke Jalan Sulaman, Sepanggar, Kota Kinabalu. Berikut adalah senarai nama ketua pegawai latihan / komandan yang telah berkhidmat di Pusat Latihan Bomba Wilayah Sabah / Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabah:- Edmund Wong Yun Kong 1986-1988 Karim bin Hj. Taha 1989-1990 Kassim bin Maidin 1991-1995 Albert Jiran Tanjung 1996-2001, Sarikan bin Bustaman 2002-2004, Johari bin Dzulkifle 2005-2008 Zainal bin Madasin 2009-2010 Juliana binti Tinggal 2011-2012 Johari bin Dzulkifle 2013
6. Pusat Latihan Bomba Wilayah Sarawak
Pusat Latihan Bomba
Wilayah Sarawak telah ditubuhkan pada Oktober 1982. Penempatan pertama pusat
latihan ini ialah di Balai Bomba dan Penyelamat Kuching, Jalan Padungan,
Kuching, Sarawak dari tahun 1982 hingga tahun 2000. Pada tahun 2000 sehingga
2005, Pusat latihan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan,
Sarawak sebelum dipindahkan ke Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang. Pada 1
April 2010, akademi sekali lagi telah dipindahkan ke Balai Bomba dan Penyelamat
Bau dan dikenali sebagai Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak.
Berikut adalah senarai nama ketua pegawai latihan / komandan yang telah
berkhidmat di pusat latihan/akademi di Sarawak:- Karnail Singh Khaira 1982-1987
Martin anak Entamin 1987-1995, Mohamad Fauzi bin Hj. Mohamad Kifli 1995-2000 Augustine Stephen Jengka
2000-2001 Khairul Hasni bin Mokhtar 2001-2004 Christia Corrin Tagol 2004-2009
Yusri bin Mohd Yusoff @ Hashim 2009-2011 Madu anak Anggut 2011-2012 Mohamad
Fauzi bin Hj. Mohamad Kifli 2013
7. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Terengganu
Akademi Bomba dan
Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai dibina pada tahun 2000 dengan keluasan 100
hektar. Majlis pecah tanah telah disempurnakan YB Dato‟ Dr. Ting Chew Peh,
Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 1999. Akademi
Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai mula beroperasi pada 7 Oktober 2002.
Berikut adalah senarai nama ketua pegawai latihan / komandan yang telah
berkhidmat di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Terengganu;
Mohd Kharu bin Sulaiman 2002-2003 Hj. Ahmad Tarmidzi bin Khalil
2003-2004 Nordin bin Pauzi 2004-2008 Norazam bin Khamis 2008 Pada masa kini,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mempunyai lima (5) buah akademi di
seluruh Malaysia iaitu Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Kubu Bharu,
Selangor; Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Terengganu;
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Ipoh, Perak; Akademi Bomba dan
Penyelamat Malaysia, Sarawak dan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabah.
Bagi mencapai kecemerlangan, pihak pengurusan akademi telah berusaha untuk
mendapatkan pengiktirafan dan telah berjaya memperolehi sijil MS ISO 9001:2000
pada 19 September 2008.
PERUNTUKAN PEMBANGUNAN RANCANGAN MALAYSIA
Sebelum penyatuan,
peruntukan kewangan disalurkan kepada jabatan melalui pihak berkuasa tempatan.
Bagaimanapun selepas penyatuan iaitu bermula daripada Rancangan Malaysia Ketiga
pada tahun 1976, peruntukan kewangan mula disalurkan kepada jabatan melalui
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Peruntukan tersebut telah
dibelanjakan untuk memajukan perkhidmatan kebombaan di Negara ini terutamanya
bagi pembinaan pusat pentadbiran (ibu pejabat), balai-balai bomba, pusat
latihan, perolehan jentera bomba dan peralatan serta kelengkapan pemadaman dan
penyelamatan. Peruntukan bagi setiap Rancangan Malaysia bermula dari Rancangan
Malaysia Ketiga adalah seperti berikut:-
Bil. Tempoh Rancangan Malaysia Tahun Jumlah Peruntukan (Rm Juta)
Jadual 3 : Pengagihan dan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia
Jadual 3 : Pengagihan dan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA MELAKAR SEJARAH
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menerima anugerah dan pengiktirafan dari dalam dan luar negara seperti berikut:
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menerima anugerah dan pengiktirafan dari dalam dan luar negara seperti berikut:
PASUKAN
KHAS
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menubuhkan
pasukan khas berkonsepkan multi-skill bagi meningkatkan mutu
perkhidmatan sejajar dengan visi dan misi jabatan.
1. Hazardous Materials (HAZMAT)
Letupan Kilang Mercun di
Sungai Buloh pada 7 Mei 1991, menjadi titik tolak kesedaran tentang pentingnya
penekanan terhadap keselamatan industri dalam usaha negara mencapai status
Negara perindustrian.
Ekoran daripada
kejadian tersebut, kerajaan telah membentuk Majlis Industri Kebangsaan
Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya yang diurus setia oleh MAMPU, Jabatan Perdana
Menteri. Sebanyak 24 jawatankuasa kecil telah dibentuk meliputi pelbagai aspek
seperti pengeluaran, penyimpanan, pengangkutan, import dan eksport,
pembungkusan, pembuangan dan lain-lain. Daripada jawatankuasa tersebut sebanyak
tujuh jawatankuasa telah melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Melalui
Keputusan Jawatankuasa Kabinet, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia diminta
mengambil tanggungjawab mengendalikan kemalangan yang berkaitan dengan bahan
kimia berbahaya dan peraturan pengendalian kemalangan dibuat oleh Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Peraturan ini dikenali sebagai CIMAH (Control
of Industrial Major Accident Hazards).
Menyedari
tanggungjawab ini, pengurusan tertinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
telah mengorak langkah dengan menghantar seorang pegawai kanan iaitu Tuan
Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid bagi mengikuti Kursus Hazardous Materials
Course (HMC) di Fire Services College, Moreton In Marsh, United Kingdom pada
1992. Explorasi yang dibuat oleh beliau telah memberi laluan kepada pihak kolej
bagi mengendalikan Kursus Khas Hazardous Materials untuk Malaysia.
Ekoran dari itu seramai 11 orang pegawai kanan bomba dihantar untuk menghadiri
kursus khas ini. Kumpulan ini telah diketuai oleh Tuan Hj. Zurkarnain bin Mohd
Kassim. Sekembalinya mereka dari United Kingdom, pasukan ini telah
dipertanggungjawabkan untuk merangka rancangan jangka panjang dan jangka pendek
bagi penubuhan pasukan HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Pasukan
ini telah menggubal modul latihan, mereka bentuk jentera dan kaedah bertindak
sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan bahan kimia berbahaya
Akhirnya,
pada 29 Oktober 1992, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menerima
sebanyak 7 buah jentera HAZMAT dan ditempatkan seperti berikut: • Kuala Lumpur.
• Shah Alam, Selangor • Port Dickson, N. Sembilan • Kerteh, Terengganu • Pasir
Gudang, Johor • Jalan Perak, Pulau Pinang • Akademi Bomba dan Penyelamat
Malaysia Kuala Kubu Bharu (bagi tujuan latihan)
2. Emergency Medical And
Rescue Services (EMRS)
Idea awal penubuhan
pasukan Emergency Medical Services (EMS) adalah sebagai pelengkap kepada
pasukan HAZMAT dan kemudiannya ditubuhkan secara berasingan. Pada tahun 2005,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Lumpur menjadi perintis kepada
penubuhan pasukan ini dan diperluaskan ke seluruh negeri di Semenanjung
Malaysia pada 1 Januari 2007. Penukaran nama pasukan ini kepada Pasukan
Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (Emergency Medical Rescue
Service) telah dibuat pada tahun 2008. Pasukan ini berperanan sebagai
pasukan perawatan kecemasan di lokasi kejadian bagi kakitangan jabatan yang
mengalami kecederaan semasa menjalankan operasi dan memberikan rawatan kepada
mangsa selain kakitangan jabatan yang memerlukan rawatan segera. Pegawai EMRS
ini juga dilatih
secara profesional dan dikehendaki menjalani latihan praktikal di bawah
penyeliaan doktor di hospital yang bertauliah. Setakat ini (2011) jabatan telah
melantik 386 pegawai EMRS seluruh Malaysia kecuali di Labuan.
3. Unit Udara
Pada tahun 1992, satu
kerjasama di antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kuala Lumpur, Unit
Udara Polis DiRaja Malaysia dan Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur telah
ditubuhkan yang diberi nama Emergency Medical Air Response Services (EMARS).
Penubuhan
ini sebagai langkah
persediaan sekiranya berlaku bencana yang memerlukan
tindakan segera anggota penyelamat dan paramedik yang cepat melalui udara.
Menyedari keperluan ini, pada 13 Ogos 1996, satu cadangan mengujudkan Unit
Udara Bomba telah dikemukakan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia kepada Menteri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bencana
jerebu yang melanda negara dan rantau ini pada pertengahan tahun 1997 turut
menyokong kewujudan unit ini. Pada 18 Mac 1998, Mesyuarat Jemaah Menteri telah
meluluskan pembelian dua (2) buah helikopter untuk tujuan pemadaman dan
penyelamatan.
Unit Udara Bomba dan
Penyelamat Malaysia telah ditubuhkan secara rasmi pada 11 September 1998 dan
majlis penyerahan dua (2) buah helikopter telah disempunakan oleh Tun Dr
Mahathir bin Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. Nama unit ini telah
ditukar kepada Bahagian Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia selepas
penstrukturan semula jabatan. Jumlah keanggotan pasukan ini adalah seramai 123
orang pelbagai pangkat termasuk juruterbang JBPM seramai 12 orang, juruterbang
kontrak tiga (3) orang dan juruterbang tentera udara tiga (3) orang. Sehingga
tahun 2012, jabatan mempunyai lapan (8) buah helikopter yang terdiri daripada
dua (2) buah Mi-17-IV, dua (2) buah Mi-171, dua (2) buah Augusta A109E, dua (2)
buah Agusta AW139. Fungsi utama pasukan ini adalah untuk tujuan pengawasan,
penyelamatan dan perubatan kecemasan
4.
Multi-Skill Team (MUST)
Pasukan MUST pertama
ditubuhkan pada 11 September 1998 serentak dengan penubuhan Unit Udara Bomba
dengan keanggotaan seramai 21 orang. Pasukan ini merupakan pasukan pelengkap
yang elit kepada Unit Udara Bomba, yang menjalankan kerja-kerja penyelamatan
dan pengurusan kecemasan secara terus kepada mangsa atau insiden di kawasan
luar bandar. Pasukan ini berpengkalan di Subang, Selangor Darul Ehsan.
Penambahan anggota pasukan MUST telah dibuat di seluruh Negara melalui prosedur
pemilihan yang ketat dan seramai lebih kurang 500 orang anggota telah dilantik
sehingga tahun 2009.
5. Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA)
Unit Scuba Bomba
telah ditubuhkan pada tahun 1987 di negeri Perak. Penubuhannya pada masa itu
adalah kerana kekerapan panggilan mencari dan menyelamat di air. Jabatan telah
mengambil langkah yang proaktif pada awal tahun 1990-an di mana pasukan
penyelam telah dipertingkatkan dengan perolehan pelbagai peralatan menyelamat
di air yang baru dan terkini. Pada tahun 2006, unit ini telah ditukar nama
kepada Pasukan Penyelamat di Air dan sehingga tahun 2012 terdapat seramai 472
orang anggota PPDA terlatih di seluruh Malaysia
6.
Unit Pengesan (Canine)
Unit Pengesan,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah ditubuhkan pada 26 April 2002.
Fungsi utama pasukan ini adalah melaksanakan kerja-kerja mencari dan menyelamat
mangsa hidup yang melibatkan runtuhan struktur atau kejadian tanah runtuh,
mencari mangsa yang telah mati di air atau di darat, mencari dan menyelamat
orang hilang di dalam hutan, gua dan kawasan tanah tinggi dan membantu pasukan
penyiasatan kebakaran menyiasat punca-punca kebakaran yang melibatkan
khianat atau sukar dikenal pasti. Pada 6 September 2002, pasukan pertama
seramai 15 orang telah dihantar berkursus ke luar negara dan anjing-anjing
terlatih diperolehi dari United Kingdom. Pada tahun 2012, pengendali anjing
adalah seramai 24 orang dengan empat (4) orang pembantu.
7. Rapid
Intervention Motorcycle (RIM)
Unit ini ditubuhkan
pada 29 November 2004, hasil daripada kemenangan pembentangan kertas kerja oleh
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bertajuk “Rapid Intervention
Motorcycle Unit” dalam Commonwealth Association for Public
Administration And Management (CAPAM) - International Innovations South
Africa” pada 13 Oktober 2000 di Cape Town, Afrika Selatan.
Unit ini
beroperasi secara berkumpulan melibatkan 3 buah motosikal yang dilengkapi
dengan peralatan melawan kebakaran dan penyelamatan. Tujuan penubuhan unit ini
adalah untuk menangani insiden-insiden kecemasan di kawasan yang mempunyai
masalah kesesakan jalan raya dan jalan yang sempit terutama di bandar-bandar.
Sehingga tahun 2012, jumlah pegawai yang dilantik menyertai pasukan ini adalah
seramai 309 orang dengan 129 buah motosikal
8. Special
Technical Operation and Rescue Team of Malaysia (STORM)
Pasukan STORM
ditubuhkan pada bulan Mac 2011. Keanggotan dalam pasukan ini terdiri daripada
gabungan pasukan khas jabatan iaitu PPDA, EMRS, HAZMAT dan MUST. Fungsi pasukan
STORM adalah menyelamat di kawasan bandar, tanah runtuh,menyelamat di bangunan
tinggi, mencari dan menyelamat di kawasan yang luas, kebakaran hutan, banjir
dan menangani insiden serta bencana besar.
Pasukan ini terdiri daripada 73
orang anggota dan 12 orang penasihat dimana ianya melibatkan negeri di
Semenanjung Malaysia sahaja. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berhasrat
untuk mendaftarkan STORM di International Search and Rescue Advisor Group
(INSARAG) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada masa akan datang.
Buku
dan Jurnal
Arkib Negara Malaysia. Panduan Sumber – Sejarah Malaysia Jld
1: Panduan Rekod-Rekod Persekutuan Kuala Lumpur: UNESCO & ANM,1992.
Arkib Negara Malaysia. Arkib Warisan Eksklusif. Kuala Lumpur: Arkib
Negara Malaysia, 2006. Azalina Awang. Sejarah dan Perkembangan Bomba.
Kuala Lumpur: Media Ink Publishing, 2011.
Dickinson,
A.H. “The History of the Creation of the Malacca Police”. Journal of Malayan
Branch Asiatic Society: vol XIX, part 2, 1941. Garrad, C.G. The Acts and
Ordinances of the Legislative Council of the Straits Settlements From the 1st
April 1867 – 7 Mac 1898. Compiled by the Government of Straits Settlement.
Singapore: Printed by Eyre & Spottiswoode, 1898. Gullick, J.M. Kuala
Lumpur 1880-1895: A City In The Making, Petaling Jaya: Pelanduk
Publication, 1988. Morrah, Patrick. “The History of the Malayan Police”. Journal
of Malayan Branch Asiatic Society: vol. XXXVI, part 2,1968. Muzium
Negara Malaysia. Sejarah Bergambar Institusi Polis di Malaysia. Kuala
Lumpur: Persatuan Muzium Negara, 1994. Buletin dan Penerbitan Khas Jabatan
Bomba dan Penyelamat Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia. FRAMZINE:
bil 4/2011, 2011. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Profil Jabatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Visi dan Misi Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia. 1997. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Buletin
Bomba 2000 (bil 1/2000). Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Buletin
Bomba 2000 (bil 2/2000). Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Buletin
Bomba 2000 (bil 4/2007). Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Buletin
Bomba 2009 (bil 2/2009). Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Buletin
Bomba 2010 (bil 2/2010). Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Buletin
Bomba 2010 (bil 3/2010). Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Memoir
Dato‟ Hamzah Bin Abu Bakar. 2010. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri
Melaka. Buletin Bomba 1995(bil 2/1995). Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia Negeri Pahang. Laporan Tahunan 1995. Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia Negeri Perak. Laporan Tahunan 2010. Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah. Buletin JBPM, Negeri Sabah 2001 (bil
2/2001). Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Buletin Bomba, Keluaran Khas
Sempena Persaraan Ketua Pengarah JBPM Ke-4. Jabatan Bomba dan Penyelamat
Negeri Pulau Pinang. Buletin Mutiara, 2010. Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia. Pelan Strategik Jabatan Bomba dan Malaysia, 2009-2020. Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sejarah Perkhidmatan Bomba Negeri Kelantan:
Perkhidmatan Bomba Malaysia Negeri Kelantan Kajian dan Laporan Alwi
Jantan, Dato‟. Report Of The Standing Committee on Preventation and Control
of Fire at the Campbell Shopping Complex Kuala Lumpur, 1976. 81
Kajian Keperluan Latihan
Pegawai & Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Meningkatkan Pusat
Latihan Bomba Malaysia Ke Taraf Kolej – Kursus Diploma Sains Pengurusan
84/85 Institut Tadbiran Awam Negara. Laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia, Negeri-Negeri, 2012. Harun Hasim, (Ketua Hakim). Laporan
Suruhanjaya DiRaja Mengenai „Remuneration‟ danSyarat-syarat Perkhidmatan Pihak
Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun. Rama Iyer, Dato‟. Laporan Petugas
Khas Mengenai Pencegahan dan Kawalan Kebakaran. Yahya bin Abdul Wahab, Dato‟.
Laporan Jawatankuasa Pegawai-Pegawai Untuk Mencari Jalan Dan Langkah-Langkah
Bagi Melawan Kebakaran Di Kawasan- Kawasan Di Luar Wilayah Persekutuan. Akta/Ordinan/Enakmen
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Bab X. Enakmen Penubuhan
Perkhidmatan Bomba, 1971. Ordinance of 187, Muzium Polis. Fail/
Dokumen dari Arkib Negara Malaysia “Petition Praying for an Efficient
Fire Brigade in Kota Bharu”, Kelantan 541/1911. No rujukan ANM:
1957/0490545. “Materials for Fire Brigade at Kulim. Provision for Pruchase
of – Perbelanjaan Habuan Membeli Perkakas-perkakas Bagi Bomba di KULIM [versi
Melayu-Jawi]”, 272/1341. No rujukan ANM: 1957 0383614. “Fire Brigades in
Rural District in Perak”, Residency 4528/1894. No rujukan ANM:
1957/0051487. “Reduction of Fire Brigade Staff in Negeri Sembilan”, Police
1172/1922. No. rujukan ANM: 1957/0448253. Koleksi Gambar-gambar Bersejarah
Arkib Negara Malaysia.